Tuesday, 3 April 2012

Aku Hanya Insan Biasa.

Salam.
Dalam kesibukan minggu exam dan training, saya cuba curi masa post something. time masa free tak nak post pulak.


Saya teringat masa zaman kecik2 atau zaman sekolah rendah dulu, bila ada kawan usik kita sikit atau buat something yang kita tak suka, pastu kita akan cakap, "tak mau kawan ngan hang!". Kemudian siap cerita kat kawan2 lain supaya pulaukan dia. tapi tak lama lepas tu bila bosan tiada kawan nak ajak main, mesti baik balik. haha. sungguh tak matang zaman tu. Dengan adik-beradik pun begitu. Kadang2 bergaduh lagi teruk. Siap tumbuk2, cakar2 lagi. but then, rapat sampai orang cakap kembar pun ada. heh~

Tetapi, ingatkan kecik2 ja macam tu, rupanya dah besar pun buat lagi. Malah menggunakan teknologi terkini pula tu. tapi tak dak la sampai cerita kat orang lain.

However, the point is, yang bestnya, bila berkawan sebelum bergaduh dengan berkawan selepas bergaduh tu tak sama. Yang second period tu nikmat bersahabat lebih dirasai. Yang mula-mula mungkin kita tak kenal dia lagi, bila ada conflict, baru kita tahu, "oh rupanya dia tak suka kita buat begini2".

Masa saya hujung tingkatan1, saya ada baru berkenalan dengan seorang sahabat ni. Kami mempunyai beberapa minat yang sama. Kemudian entah macamana kami menjadi sangat rapat sehingga tingkatan 2. Pada suatu hari, saya ada la macam pegang kepala dia sikit dari belakang dengan niat bermesra, tapi dia tegur dengan suara tidak senang, "eh apa pegang2 kepala ni" sambil menepis tangan saya. Ingatkan dia memain je, saya pun pegang la lagi. Dengan marahnya, "tak yah la main kepala-kepala!" sambil menolak balik kepala saya dengan agak kuat. Saya terkejut. Rupa-rupanya memang dia sangat sensitif orang main kepala. Padahal niat saya untuk bergurau. Akhirnya, saya minta maaf dan persahabatan kami masih bertahan sampai sekarang. Walaupun berlainan negeri, berlainan ipt, kami masih berhubung. Malah bila cuti dan berkesempatan, kami akan bertemu.

Individu yang kedua, di pusat asasi uia. Ada seorang hamba Allah ni, ditakdirkan tak dapat menyebut huruf 'R' dengan baik. Pelat. Saya agak rapat dengan dia. Suatu hari tu, masa kami sembang2, ada la beberapa perkataan yang ada sebutan R tu dia tak dapat sebut dengan baik. Saya mengajuk la sikit nak bergurau. Lepas tu dia senyap. Reaksi muka berubah. Erk! Saya rasa lain macam je. Lepas tu bila kami dah bersurai, seorang kawan dia yang turut bersembang bersama2 sebelum tu datang kepada saya, "dia sebenarnya tak suka orang ajuk dia pasal tu". "oh yeke". Lepas tu terus saya tak buat dah. Dan sampai sekarang walaupun dia di Gombak dan saya di Kuantan, kami masih rapat. Saya juga sering pergi rumahnya di Shah Alam (walaupun sekarang agak jarang sebab jauh) dan dah kenal ibu ayah adik beradik dia. Yang saya respect sangat dia ni, dia tak cakap apa2 pun bila saya cari pasal ngan dia walaupun benda tu dia sangat tak suka.

Ada lagi la beberapa kisah lama. Tapi cukup la dua sahabat ni je. Saya pasti anda juga ada kisah anda sendiri.

Pernah seorang lecturer saya cerita tentang kisah hidup dia yang tak ada kawan rapat. Cuma sekadar rakan sekerja atau kenal gitu2 je.Semuanya berpunca daripada kawan baiknya yang dahulu dia sangat percaya telah menipu dia. mengambil kad kredit dan berbelanja besar tanpa pengetahuannya. dan sampai sekarang, lecturer saya tu memang dah tak percaya mana2 kawannya. Sekadar berkawan biasa. Yup, memang kesalahan kawan dia agak melampau; tapi bagi saya kalau salah seorang meminta maaf dan seorang lagi memaafkan dengan ikhlas, insyaAllah lepas tu lagi baik. Mungkin akan jadi agak janggal, tapi sekurang-kurangnya hati menjadi senang daripada menyimpan dendam.



Semasa saya baru tamat asasi, saya bersama beberapa kawan telah buat satu program kembara. Dari asasi uia pergi ke kelantan, turun balik pergi terengganu, pahang, johor, naik ke melaka n9, kl sampai uia balik. Ada la beberapa checkpoint serta pengisian sepanjang perjalan kami.
Semasa di melaka, kami ziarah seorang pakcik ni juga merupakan kawan kepada ayah saya. Dia banyak cerita pasal masa dia muda-muda dulu. Masa umur sebaya kami, dia juga rajin ronda bermusafir bersama kawan-kawannya. Dari situlah dia jadi rapat dengan mereka. Kemudian dia menggariskan beberapa point bagaimana untuk mengeratkan ukhwah:
-bermusafir bersama.
-program(makan, main etc) bersama.
-berGADUH bersama.

Pada awalnya saya juga pelik. bergaduh bersama? nak gaduh ka nak berbaik? rupa-rupanya daripada bergaduh itulah akan menzahirkan kemanisan bersahabat selepas itu.

Syaitan sangat suka apabila manusia bermusuh-musuhan. Memang itu matlamat dia untuk pecah belahkan manusia. Takkan kita nak kalah dengan syaitan kot.

Bersangka baiklah. Seringlah memberi dan meminta maaf.
To all readers and my blog, i'm sorry coz selalu mengabaikan anda. huu~

Mari merenung Surah Al-Hujurat ayat 13;
"Wahai manusia, sesungguhnya, Kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
 



Sahabat ibarat matahari,
Kehangatannya menyenangkan jiwa,
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari,
Sungguh tiada siapa berharapkan demikian,
Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
Berbanding cahayanya lenyap meninggalkan. 
~sajak by FZSA and NAHN

^_^

2 comments:

zoro said...

friendship is an involuntary reflex, it just happens, you can't help it. nice post btw. =)

Cik Caah said...

lelaki takpala,tak sentap lelama.
kalau perempuan,susah sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...