MHL 2009, MATRI's team ~by Tengku Syakir
Tetapi selepas diamati ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Saya minta maaf kepada pasukan matri kerana bersangka buruk pada awalnya.
Sesiapa yang belum klik atau belum baca link 'The Star' di atas, saya terang sedikit sebanyak kes ni. Sebenarnya pasukan yang akan ditentang matri adalah sebuah pasukan wanita. Matri mengambil serius tentang perkara ini kerana amatlah jelas bahawa dalam sesuatu perlawanan terutamanya hoki akan berlaku banyak perkara yang melibatkan pertembungan antara lelaki dan perempuan. Jadi, dengan meletakkan nilaian syara' sebagai perkara tertinggi, matri tekad untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut. Keputusannya, matri 'dibanned' dan didenda.
Mungkin bagi kebanyakan orang akan mengatakan "alahai ruginya", tak pasal-pasal kena singkir. Tapi bagi mereka yang faham akan berbangga dengan keputusan diambil matri kerana "Adakah ada perkara yang lebih baik selain daripada mengharapkan keredhaan Allah?".
Tujuan hidup insan adalah untuk mendapat redha Allah SWT. Pada seorang yang beriman, redha Allah SWT adalah segala-galanya untuk kita. Sebab itu, apa sahaja yang kita lakukan di atas dunia ini adalah untuk mendapatkan redha Allah SWT.
barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekuawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al baqarah;112)
Antara komen-komen daripada sahabat2 matri-mate.(kebanyakan mereka bekas pemain hoki matri):
Tahniah buat Skuad Hoki Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI). Nilai syarak menjadi keutamaan. Berpegang teguh dengan prinsip. Walau 'dibanned' dari Liga Hoki Remaja 2011. Jom, kita fokus Ipoh Open, International USM OPEN. Kita hantar kategori- Veteran,IPT,Under-18,Under-15, Under-12!
~Hilmi Razak
Alhamdulillah. kami bangga dengan MATRI!! di-banned kerana x nak lawan skaud hoki bandar penawar perempuan. Alhamdulillah. syara' itu lebih penting dari segalanya. sy berasa sgt2 Izzah dan bersyukur.
~Pengiran Badiuzzaman
matri menang disisi rabb...
~Naqiuddin Salleh
Teringat Al-Marhum Ustaz Dahlan selalu sebut satu kaedah dalam perhimpunan pagi dulu : Baik itu adalah apa yang baik bagi syara` dan buruk itu adalah apa yang buruk bagi syara`. Kita kena letakkan SYARA` mendahului segala-galanya.Apabila syara` disisi kita maka kita sentiasa berada dalam kebenaran walaupun masyarakat sekeliling mengatakan ia adalah salah.
~Sahel Nordin
Bior MATRI hina disisi manusia, jangan sesekali hina di sisi PENCIPTA!
~Mohamad Fakhrudin
Subhanallah..Moga Allah pelihara MATRI dari segala ancaman..
~Muhammad Siddiqi
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Al Imran; 139)
Saya tertarik dengan komen daripada seorang hamba allah ni:
they said"We view the matter seriously"...hukum ALLAH x bley "view" plak~
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita.
Diharap The Malaysian Hockey Federation (MHF) pertimbangkan untuk memansuhkan pasukan wanita tersebut. Mungkin niat anda baik hendak tingkatkan mutu sukan negara tapi itu bukan caranya. Banyak lagi jalan untuk tingkatkan prestasi pemain. Malah tiada dalam mana2 liga profesional yang mencampurkan pasukan wanita dengan pasukan lelaki. =)smile
Tiada lagi sistem yang lebih sempurna, daripada sistem yang diciptakan oleh Maha Sempurna, yakni Allah SWT. Siapakah yang lebih mengetahui berkenaan kita selain Allah SWT? Maka pastinya sistem Allah SWT itu adalah yang terbaik.
Bagi saya pasukan hoki matri yang ditubuhkan atas dasar ingin mengembangkan Islam melalui bersukan telah meluaskan sayap mereka dengan menunjukkan satu lagi qudwah yang baik yang patut kita contohi. Moga terus maju!
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.
(Al imran:160)
Related post:
~by Adam Kadir
-End of article-
Moga Allah Redha
2 comments:
Salam. Eh,ada match hoki yang lawan team lain2 jantina ek? boleh ka cenggitu?
tu la pasal..
baru thun ni depa buat mcmtu..
tu yg jd cenggini..
Post a Comment