Showing posts with label matri. Show all posts
Showing posts with label matri. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

Dahulu Sekarang

Alhamdulillah akhirnya boleh juga saya publish artikel ni. Dah lama bersawang dalam draft. Bukan apa agak malas kurang rajin nak edit gambar2(sebenarnya tak reti).

Sekadar mengimbau zaman kanak-kanak ribena awal remaja dulu. Tingkatan 1.

Semasa ting. 1, antara prog tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah ialah Kem Pemantapan Ibadah. Setiap tahun kem ini akan diadakan di Langkawi.. dan Allah izin pelajar form1 tahun itu merupakan batch terakhir yang berprogram di sana. Batch selepas saya sudah bertukar lokasi. Dikhabarkan kerana kejadian tsunami pada akhir 2004..wallahualam saya xdapat berita yang tepat.


Dan pada tahun ini, alhamdulillah saya dapat ke sana sekali lagi buat pertama kali selepas 8 tahun. atau lebih tepat lagi, ke Pantai Pasir Tengkorak.

Sempat juga la snap beberapa gambar kat situ.
Selepas menggeladah galeri gambar2 lama, akhirnya jumpa juga gambar masa form1 dulu. Lepas tu bandingkan. Jom! [klik pada gambar untuk lebih besar].

Dah tukar iklan daa..

Cantik

   Dah ada signboard baru

 Air laut makin keruh atau lighting ni?

Dulu penuh batu. Sekarang pasir elok ja. 
Sebab tsunami ka orang tambun?

 batu -> pasir



Kemudian nak masuk ke tapak camping. Kunci la pulak.. pusing punya pusing jumpa juga lubang nak masuk..bila pikir balik dah macam penceroboh daa.

ini dia.. dah tukar cat baru!.

alala~ muka suci jer :p

faiz + acap ..ceria~

ustaz zaki

Pusing kawasan sekitar pula..
erkk..terkesima sebentar..banyak pondok-pondok yang dahulunya kawasan kami berehat dan beraktiviti tapi sekarang dah rosak.

takkan anai-anai kot..

Teringat

Pernah suatu malam tu, kami amat kemengantukan kepenatan kerana letih dengan aktiviti-aktiviti di siang hari. Semasa ceramah selepas isyak, hampir kesemua pelajar tidur. Ada juga yang bersusah payah mengjegil mata tak mau bagi tidur(bukan saya*). Sehinggalah..

"ok semua boleh tidur sebentar. 5minit", ustaz memberi kebenaran.

"warghhh". kami pun merebahkan diri mencari ruang-ruang dan menyempit dalam ramai-ramai.

kemudian..

"bangun!bangun! dah subuh ni"

"hah! dah subuh?". macam tak caya kami tidur dalam keadaan ramai-ramai sampai subuh. 

~Saya tersenyum keseorangan

rasa macam sekejap ja tidur masa tu. macam 5minit. Terasa nikmat tidur tuu. Ada gambar tapi agak gelap.

Terngiang-ngiang

Saya merenung agak lama di dataran..

"kita umat Islam adalah pemimpin, bukan dipimpin", terngiang-ngiang kata-kata sir abduh semasa ucapan penutup. Saya tenggelam dalam suasana lampau. Rasa macam sir abduh berada di hadapan saya. Terasa harapan yang diberi oleh sir cukup tinggi.

sir abduh bersemangat!

Terflashback banyak perkara. Kemudian berfikir, hampir 8 tahun sudah berlalu. 
Apa peningkatan aku? 
5 tahun di MATRI apa kesannya?
Adakah didikan yang aku terima masih berjalan?
apa yang telah aku sumbangkan?
*bisu

Tarbiyah umpama petrol dan Hati ibarat enjin.
Program-program pengisian ibarat stesen minyak.
Bagaimana kita hendak mengharungi perjalanan yang panjang tanpa bekalan yang mencukupi?
Enjin petrol juga akan rosak jika diisi dengan diesel. Maka hati kita perlu diisi dengan 'petrol' yang betul. Malah jika petrol yang diisi adalah petrol berkualiti, RON97, enjin akan memberi kekuatan maksima. (dah macam iklan minyak daa).
Tak kira la kita duduk sat ka lama; Janganlah kita tinggalkan.


"Ya Allah janganlah Kau bolak balikkan hati kami sesudah Kau memberi hidayah kepada kami..ameen"

Sunday, 1 May 2011

Juara

Hari ni bila saya buka FB saya lihat ramai sahabat2 saya share satu link mengenai bekas sekolah saya, MATRI yang dibanned daripada satu kejohanan hoki kerana tidak hadir pada satu perlawanan. The Star & tambahan
MHL 2009, MATRI's team ~by Tengku Syakir

Pada awalnya ketika membaca tajuk akhbar tersebut, perkara yang bermain dalam kotak fikiran saya "adakah pemain matri membuat kesalahan disiplin?"

Tetapi selepas diamati ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Saya minta maaf kepada pasukan matri kerana bersangka buruk pada awalnya.

Sesiapa yang belum klik atau belum baca link 'The Star' di atas, saya terang sedikit sebanyak kes ni. Sebenarnya pasukan yang akan ditentang matri adalah sebuah pasukan wanita. Matri mengambil serius tentang perkara ini kerana amatlah jelas bahawa dalam sesuatu perlawanan terutamanya hoki akan berlaku banyak perkara yang melibatkan pertembungan antara lelaki dan perempuan. Jadi, dengan meletakkan nilaian syara' sebagai perkara tertinggi, matri tekad untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut. Keputusannya, matri 'dibanned' dan didenda.

Mungkin bagi kebanyakan orang akan mengatakan "alahai ruginya", tak pasal-pasal kena singkir. Tapi bagi mereka yang faham akan berbangga dengan keputusan diambil matri kerana "Adakah ada perkara yang lebih baik selain daripada mengharapkan keredhaan Allah?".
Tujuan hidup insan adalah untuk mendapat redha Allah SWT. Pada seorang yang beriman, redha Allah SWT adalah segala-galanya untuk kita. Sebab itu, apa sahaja yang kita lakukan di atas dunia ini adalah untuk mendapatkan redha Allah SWT.

barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekuawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al baqarah;112)

Antara komen-komen daripada sahabat2 matri-mate.(kebanyakan mereka bekas pemain hoki matri):

Tahniah buat Skuad Hoki Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI). Nilai syarak menjadi keutamaan. Berpegang teguh dengan prinsip. Walau 'dibanned' dari Liga Hoki Remaja 2011. Jom, kita fokus Ipoh Open, International USM OPEN. Kita hantar kategori- Veteran,IPT,Under-18,Under-15, Under-12! 
~Hilmi Razak

Alhamdulillah. kami bangga dengan MATRI!! di-banned kerana x nak lawan skaud hoki bandar penawar perempuan. Alhamdulillah. syara' itu lebih penting dari segalanya. sy berasa sgt2 Izzah dan bersyukur.
~Pengiran Badiuzzaman

matri menang disisi rabb... 
~Naqiuddin Salleh

Teringat Al-Marhum Ustaz Dahlan selalu sebut satu kaedah dalam perhimpunan pagi dulu : Baik itu adalah apa yang baik bagi syara` dan buruk itu adalah apa yang buruk bagi syara`. Kita kena letakkan SYARA` mendahului segala-galanya.Apabila syara` disisi kita maka kita sentiasa berada dalam kebenaran walaupun masyarakat sekeliling mengatakan ia adalah salah. 
~Sahel Nordin

Bior MATRI hina disisi manusia, jangan sesekali hina di sisi PENCIPTA! 
~Mohamad Fakhrudin

Subhanallah..Moga Allah pelihara MATRI dari segala ancaman.. 
~Muhammad Siddiqi

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

(Al Imran; 139)


Saya tertarik dengan komen daripada seorang hamba allah ni: 
they said"We view the matter seriously"...hukum ALLAH x bley "view" plak~


Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Diharap The Malaysian Hockey Federation (MHF) pertimbangkan untuk memansuhkan pasukan wanita tersebut. Mungkin niat anda baik hendak tingkatkan mutu sukan negara tapi itu bukan caranya. Banyak lagi jalan untuk tingkatkan prestasi pemain. Malah tiada dalam mana2 liga profesional yang mencampurkan pasukan wanita dengan pasukan lelaki.  =)smile

Tiada lagi sistem yang lebih sempurna, daripada sistem yang diciptakan oleh Maha Sempurna, yakni Allah SWT. Siapakah yang lebih mengetahui berkenaan kita selain Allah SWT? Maka pastinya sistem Allah SWT itu adalah yang terbaik.

Bagi saya pasukan hoki matri yang ditubuhkan atas dasar ingin mengembangkan Islam melalui bersukan telah meluaskan sayap mereka dengan menunjukkan satu lagi qudwah yang baik yang patut kita contohi. Moga terus maju! 

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.
(Al imran:160)

Related post:
~by Adam Kadir

-End of article-
Moga Allah Redha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...