Tuesday, 14 June 2011

Lebah

Adakah anda seorang penggemar madu?
Jika ya, tahniah! Kita se’geng’..ngeh2. Saya amat amat menggemari makanan tersebut. Dan saya tidak rasa menyesal jika terpaksa keluarkan sedikit wang lebih demi membeli madu asli berbanding madu campuran. Hal ini kerana khasiatnya juga berganda lebih baik.

Baru-baru ini ketika menghadiri satu majlis ilmu, penceramah memberi penyampaian berkenaan pengeluar madu yakni lebah. Sungguh, saya begitu tertarik dengan isu-isu yang dikupas beliau. Nampak simple tapi begitu bermakna.

Lebah adalah sejenis serangga yang unik. Malah di dalam Al-Quran turut diselitkan satu surah berkaitan lebah (An-Nahl).

Sayap suatu lebah bergerak sebanyak 11,400 kali dalam satu minit, inilah yang membuat bunyi “buzz”. Ia juga terbang pada kadar 15~20 batu sejam. [sumber sini]

Selain di dalam Al-Quran, lebah turut diceritakan di dalam hadith:

“Perumpamaan orang beriman itu seperti lebah. Ia makan makanan yang bersih, ia mengeluarkan sesuatu yang bersih, ia hinggap di tempat yang bersih dan ia tidak merusak atau mematahkan tempat yang dihinggapinya”
(riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Al-Bazzar)

Mari kita selami maksud hadis di atas.

1)        Ia makan makanan yang bersih.
Apakah makanannya?
Makanan bagi lebah ialah sari madu bunga (nektar).

Begitu juga dengan orang beriman.
Perlu makanan yang bersih. Pastikan makanan itu halal dan baik.

Selain daripada makanan biasa, orang beriman memerlukan:
       Fikri/Ilmu
     - syara’
     - realiti
       Rohi
       Badani

Dan sumber orang beriman ialah Al-Quran dan As-Sunnah.

Ash-Syaheed Syed Qutb di dalam bukunya Milestones(Petunjuk Sepanjang Jalan) menceritakan tentang bagaimana generasi sahabat rasulullah boleh menjadi satu generasi Al-Quran yang unik:

“The Holy Qur'an was the only source from which they quenched their thirst, and this was the only mold in which they formed their lives. This was the only guidance for them, not because there was no civilization or culture or science or books or schools. Indeed, there was Roman culture, its civilization, its books, its laws, which even today are considered to be the foundation of European culture. There was the heritage of Greek culture – its logic, its philosophy, and its arts, which are still a source of inspiration for western thought. There was the Persian civilization, its art, its poetry, and its legends, and its religion and system of government. There were many other civilizations, near or far, such as the Indian and Chinese cultures, and so on. The Roman and Persian cultures were established to the north and to the south of the Arabian Peninsula, while the Jews and Christians were settled in the heart of Arabia. Thus we believe that this generation did not place sole reliance on the Book of Allah for understanding of their religion because of any ignorance of any civilization and culture. Rather, it was all according to a well-thought out plan and method… This generation, then, drank solely from this spring and thus attained a unique distinction in history. In later times, it so happened that other sources mingled with it…"

Rasullulah SAW mengajar kita bahawa Islam ini bukan setakat perkara-perkara asas seperti solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi Islam adalah berbentuk syumul (menyeluruh).

Macam mana nak dapat kefahaman Deen yang syumul?
Dari ulama’ muktabar. Ulama’ yang  yang  jelas fikrah  serta  iltizam dan intizam dengan kehidupan  Islam.

Mengikut Almarhum Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya (Apa Ertinya Saya Menganut Islam);
Kita mestilah muslim:
       Dari segi Aqidah
       Dari segi Ibadah
       Dari segi Akhlak
       Dari segi Keluarga
       Dapat menguasai diri

Berbalik kepada lebah. Oleh kerana lebah makan makanan yang bersih, maka..

2)        Ia mengeluarkan sesuatu yang bersih – Madu


Madu adalah satu-satunya makanan keluaran serangga yang dimakan oleh manusia.
Dan manfaat madu terlalu banyak. Tetapi cukuplah dengan kita yakin dengan ayat Allah berikut yang menceritakan kebaikan madu:

“Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
                                                                 (An-Nahl: 68-69)

Sabda Rasullulah SAW:
“Madu ialah ubat kepada setiap penyakit dan Al-Quran ialah ubat kepada semua penyakit (yang berhubung) pemikiran, justeru itu aku menyarankan kepada kamu kedua-dua ubat ini iaitu, Quran dan madu”

Orang beriman juga seharusnya demikian. Segala yang keluar dari dia adalah kebaikan
HATI - jauh dari prasangka buruk, iri hati, dengki;
LIDAH - tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik;
PERILAKU - tidak mengsensarakan orang lain melainkan membahagiakan;
HARTA - bermanfaat bagi ramai manusia;
KUASA - jalankan dengan amanah, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaatan manusia.

                                                  
Selain itu, lebah menghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk manusia. Justeru itu seorang mukmin:
·         Tidak boleh selfish
·         Selalu berusaha untuk memudahkan orang lain (terutama kedua ibu bapa)

Maka persoalannya – KITA BAGAIMANA??
Kita ni berkira ke? Selalu complain ke?

Untuk menghasilkan perkara-perkara yang baik perlu kepada usaha yang bersungguh-sungguh.

Lebah dikatakan terpaksa terbang sejauh 90,000 kilometer, iaitu hampir setara dengan tiga orbit mengelilingi bumi  demi mengumpul 1 kg madu. [sumber sini]

Lebah tanggungjawab untuk menghasilkan madu.

Apakah tanggungjawab kita pula?
UNTUK MEMENANGKAN ISLAM.
Adakah kita bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab kita seperti lebah?

kembali kepada hadith:

3)        Ia hinggap di tempat yang bersih.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan.  Bukan ikut suka hati hinggap saja. Apabila berada tempat yang kotor sekali pun, ia masih mencari tempat yang bersih walaupun terpaksa terbang jauh. Ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih lainnya yang mengandungi bahan madu atau nectar.

Orang beriman pula..
·         Penempatan kehidupan sentiasa pada yang baik.

·         Bersahabat dengan sahabat yang baik-baik.
      “Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun ia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak.
      Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya tukang tukul besi. Kalaupun kita tidak terkana asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya”
 (HADITH)
     
·         Sentiasa ke tempat-tempat yang baik.

·         Pasangan perkahwinan juga di cari dari orang-orang yang baik.

 Kembali kepada hadith

4)        Ia tidak merusak atau mematahkan tempat yang dihinggapinya

   
      Lebah tidak pernah merosakkan atau mematahkan ranting yang dihinggapi.

Begitulah seorang mukmin.

Dia tidak melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik kebendaan mahupun bukan kebendaan (spt tidak mengajak orang lain untuk buat kejahatan).
Bahkan dia selalu melakukan perbaikan (Islah) dengan cara-cara yang hikmah.
Dia melakukan perbaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah.

Tambahan pula, orang mukmin akan

merasa malu terhadap dirinya sendiri apabila terjebak dalam perbuatan yang mengurangkan nilai insaniahnya itu:

  •  kalau terambil barang orang, atau bertemu sesuatu barang, di kembalikan kepada tuan punya barang
      menghulurkan kasih sayang kepada saudara sesama islam, dan bersikap keras terhadap perbuatan     mungkar.


    ***

    Selain daripada 4 ciri yang disebut di dalam hadis di atas, lebah

    5)        Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu.

    Sengat yang melekat di tubuh mereka bukan merupakan alat untuk menyerang musuh, melainkan sebagai alat untuk mempertahankan diri dari berbagai gangguan.

    Lebah tidak pernah memulai menyerang. Ia akan menyerang hanya apabila merasa terganggu atau terancam. Apa terjadi apabila lebah menyerang?

    Akibatnya adalah parah.

    Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Salah satu cara lebah mati – apabila menyengat, ia akan meninggalkan sengat tersebut di tubuh mangsa, akibatnya ia akan mati.

    Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

    6)        Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan.

    Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri.
    Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri.
    Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil rakan-rakannya untuk menghisapnya – tidak kedekut

    Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu bahan kimia) untuk memberi isyarat tertentu kepada rakan2nya agar membantu dirinya.

    Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman seperti firman Allah:
    “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
    (As-Shaff: 4)

    ***

    Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman.

    Jadilah kita semua sebagai lebah.
    Ia makan yang bersih,
    Ia mengeluarkan sesuatu yang bersih,
    Ia hinggap di tempat yang bersih, dan
    Ia tidak merusak atau mematahkan tempat yang dihinggapinya

    ***
    Rumusan

    Tujuan hidup seekor lebah ialah untuk menghasilkan madu
    Untuk mempastikan tercapai objektif ini, maka lebah
    »        Makan makanan bersih
    »        Hinggap di tempat bersih
    »        Bekerja keras
    »        Bekerja secara jamaie (tolong menolong)

    Tujuan kita untuk mendaulatkan Islam,
    »        maka perkara-perkara yang dilakukan lebah mestilah menjadi ikutan kita agar kita berjaya, insyaAllah.

    4 comments:

    ZuL-FaQaR said...

    Mantap ! Islamization of knowledge ! Thumbs up akh !

    Afiq Fisal said...

    Mabruk..
    smg perkongsian enta ni ALLAH redha n dpt menyedarkan org y sedang leka d buai mimpi y fana..
    jazakallah wa barakallahu lak..^^

    Mu_hD said...

    masih byk perlu belajar..
    moga bermanfaat..

    .::: mr IQ :::. said...

    SUbhanallah.....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...