Wednesday, 22 June 2011

Rendahkanlah

The Arrogant Peacock (photo by Deviantart.com)

Apa khabar semua? 
Apa? tak sihat? Kalau tak sihat baik jangan teruskan pembacaan kerana blog ini hanya akan menambahkan lagi kesakitan anda.. waa

ok post kali ini hanyalah rentetan kepada post lepas [link].
Selepas menjadi dj bidang terjun pada tempoh hari, dj menjadi antara topik hangat perbualan saya dan keluarga. Samaada di meja makan, ruang tamu atau dalam kereta. 

Nak dijadikan cerita, terkisahlah sebuah kisah yang dikisahkan oleh ayah saya daripada kisah kawannya berdasarkan kisah-kisah yang dikisahkan.
***
Sebelum tu, cerita ini dikongsikan sebagai pengajaran buat kita manusia yang sering lupa. Kot-kot kalau ada tersangkut kat famili atau kenalan pembaca. Saya minta maaf.

Macam ni kisahnya, ayah saya mempunyai seorang kenalan di pejabat yang bekerja sambilan sebagai dj. Dj sebagai side income la senang cerita. Untuk memudahkan penceritaan saya letak nama Amir (bukan nama sebenar) la ye.

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia dj ni, Amir telah melihat banyak ragam manusia sepanjang kariernya. Ada yang peramah, baik hati, mesra dan tak kurang juga yang agak sombong dan sbgnya.

Nak dipendekkan cerita suatu hari Amir menjadi dj di sebuah majlis perkahwinan orang yang agak berada. Dan dikhabarkan pengantin lelaki a.k.a anak tuan rumah merupakan seorang yang berjaya di dalam pelajaran dan bidang kerjanya.

Yang menjadi isunya, si ayah ni punya la pi dok cerita pasal anak dia sorang tu. Belajar oversea la. jawatan ni. jawatan tu. gaji tinggi. ada rupa. ramai perempuan minat. Sampai semua jiran-jiran yang datang naik menyampah. 


Tak cukup dengan itu, mereka yang datang menolong turut kena maki kalau ada yang tak kena di mata si ayah. Malah Amir yang datang dengan niat untuk membantu turut dimarah hanya kerana meminta sebuah meja kecil untuk meletak barang-barangnya..

"KAMI TAK SEDIAKAN BENDA MACAM TU. PATUTNYA HANG LA KENA BAWA SENDIRI!" kata si ayah dengan nada tinggi.

Tetapi Allah tu Maha Adil.

Nak dijadikan cerita lagi, pada pukul 11.00 pagi, jamuan kenduri masih belum tiba kerana lori catering yang mengangkut makanan tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Tetamu sudah ramai yang hadir menunggu. Ada juga yang terus pulang selepas berjumpa tuan rumah. Malah sehingga pengantin dah sampai pun makanan belum tiba. Tuan rumah pun naik malu la. Apalagi, kelam kabut suruh hidangkan air dulu.

"WOI PASANG LAGU PASANG LAGU!" jerit tuan rumah pada Amir.
Amir menggeleng.

Tak cukup sekadar itu, setelah agak lewat tgahari sikit selepas makanan pun dah sampai, tiba-tiba speaker-speaker yang dipasang menjadi bisu.

"OI AWAT SENYAP?!" marah si tuan rumah.

"macam mana nak bunyi letrik takdak"

"HAH!"

Memang kelam kabut la jadinya. Kipas pun tak pusing. Semua mengadu panas. Akhirnya majlis yang sepatutnya diadakan secara gilang gemilang bertukar caca merba.

Pengajaran

Apa moral of the story? Sama-sama kita fikir-fikirkan.

Panduan

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). 
Al-Baqarah , 212

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Wallahualam

-End of article-
Yang baru belajar

Mu_hD

4 comments:

Cik Caah said...

cerita best.
gambaq ngumpat tu lawak la :)

Cik Caah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Alhmdulillah,
perkongsian yg mnarik+b'manfaat.
bgus utk peringatan diri sndiri yg kdg2 'perasan baik'! [pnduan Imam Ghazali]

Mu_hD said...

>cik ca'ah

terima kasih..
ciplak google je gambar nih..hee~


>Anonymous

insyaAllah..
sama2 sling memperingati..

moga Allah redha.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...