Wednesday, 24 August 2011

Ayuh Kita!

Assalamualaikum. Apa khabar iman anda?

Rasa macam dah lama tak menulis. Maaf la saya bukan berjiwa penulis yang tiap2 hari didatangi idea yang mencurah-curah dan bakat seni menulis yang masyaAllah!, ayat sempoi2 semua. Itu bukan saya..huhu.

Baru sebulan lebih, rasa macam banyak perkara berlaku.

Ramadhan

Sedih. Itu saja yang dapat saya ungkapkan. Why? (omputih bai)
Mungkin tahun ini ramadhan saya yang paling teruk dalam tempoh beberapa tahun.
Kurang persediaan.
Kurang amalan.
Sedar tak sedar dah tinggal lagi beberapa hari..hurmm
tak pa masih ada waktu ni. Ayuh! peluang lailatulqadr masih ada.
orang utara kata : pulun kita!

Kebab kebab!
Hehe.. Mengambil kesempatan berniaga di bazar ramadhan. Best woo. tiap2 hari dapat makanan free.haha. Sampai kebab pun jadi bosan..cemuih kita kata. Tapi..tapi..
Overall tak berapa nak best. Sebab tak boleh buka dgn family..huhu.

Mereka kebuluran, kita kebaziran. 


Abah saya selalu dok pesan.. Makanan jangan berlebih-lebihan masa bulan puasa ni. Cukup dengan ala kadar.
Cuba kita fikir.
Bulan ramadhan kita tak makan masa siang especially lunch. (tak semua tapi hampir ok)
Bilangan manusia di Malaysia juga tak meningkat tinggi semasa bulan puasa.
Tapi kenapa permintaan bekalan makanan bertambah mendadak?
Maka saya yakin lebihan makanan juga amat banyak.
Ke mana lebihan makanan pergi? Kalau bagi kat jiran pun belum tentu depa makan habis. Depa pun banyak makanan. Kalau tak bagi kat kucing mesti buang punya.

Sepanjang saya berniaga kebab, ada satu kedai ni tiap2 hari mesti buang dua tiga tong air minuman besar. Banyak kot. Kadang-kadang tak sanggup nak tengok..haish


Teringat satu pesanan daripada senior saya, "Memberi itu tanda kita bersyukur".

Jadi sama-sama kita bersyukur dan ikhlaskan diri menyalur sumbangan terutama kepada negara-negara yang sedang mengalami krisis seperti Somalia. Banyak tabung yang disediakan NGO-NGO di Malaysia. Kalau tak boleh banyak, sedikit.

Dialah (Allah) yang menundukkan 1autan (untuk kamu) agar kamu dapat memakan darinya daging (ikan) yang segar, dan (agar) kamu mengeluarkan dan lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari karunia-Nya (selain yang telah disebut) semoga kamu bersyukur.
(An-Nahl : 14)


-End of Story-

next story > Iftar@Perlis + ponteng program.. opss

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...