Sekadar mengimbau zaman
Semasa ting. 1, antara prog tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah ialah Kem Pemantapan Ibadah. Setiap tahun kem ini akan diadakan di Langkawi.. dan Allah izin pelajar form1 tahun itu merupakan batch terakhir yang berprogram di sana. Batch selepas saya sudah bertukar lokasi. Dikhabarkan kerana kejadian tsunami pada akhir 2004..wallahualam saya xdapat berita yang tepat.
Dan pada tahun ini, alhamdulillah saya dapat ke sana sekali lagi buat pertama kali selepas 8 tahun. atau lebih tepat lagi, ke Pantai Pasir Tengkorak.
Sempat juga la snap beberapa gambar kat situ.
Selepas menggeladah galeri gambar2 lama, akhirnya jumpa juga gambar masa form1 dulu. Lepas tu bandingkan. Jom! [klik pada gambar untuk lebih besar].
Dah tukar iklan daa..
Cantik
Dah ada signboard baru
Air laut makin keruh atau lighting ni?
Dulu penuh batu. Sekarang pasir elok ja.
Sebab tsunami ka orang tambun?
batu -> pasir
Kemudian nak masuk ke tapak camping. Kunci la pulak.. pusing punya pusing jumpa juga lubang nak masuk..bila pikir balik dah macam penceroboh daa.
ini dia.. dah tukar cat baru!.
alala~ muka suci jer :p
faiz + acap ..ceria~
ustaz zaki
Pusing kawasan sekitar pula..
erkk..terkesima sebentar..banyak pondok-pondok yang dahulunya kawasan kami berehat dan beraktiviti tapi sekarang dah rosak.
takkan anai-anai kot..
Teringat
Pernah suatu malam tu, kami amat kemengantukan kepenatan kerana letih dengan aktiviti-aktiviti di siang hari. Semasa ceramah selepas isyak, hampir kesemua pelajar tidur. Ada juga yang bersusah payah mengjegil mata tak mau bagi tidur(bukan saya*). Sehinggalah..
"ok semua boleh tidur sebentar. 5minit", ustaz memberi kebenaran.
"warghhh". kami pun merebahkan diri mencari ruang-ruang dan menyempit dalam ramai-ramai.
kemudian..
"bangun!bangun! dah subuh ni"
"hah! dah subuh?". macam tak caya kami tidur dalam keadaan ramai-ramai sampai subuh.
~Saya tersenyum keseorangan
rasa macam sekejap ja tidur masa tu. macam 5minit. Terasa nikmat tidur tuu. Ada gambar tapi agak gelap.
Terngiang-ngiang
Saya merenung agak lama di dataran..
"kita umat Islam adalah pemimpin, bukan dipimpin", terngiang-ngiang kata-kata sir abduh semasa ucapan penutup. Saya tenggelam dalam suasana lampau. Rasa macam sir abduh berada di hadapan saya. Terasa harapan yang diberi oleh sir cukup tinggi.
sir abduh bersemangat!
Terflashback banyak perkara. Kemudian berfikir, hampir 8 tahun sudah berlalu.
Apa peningkatan aku?
5 tahun di MATRI apa kesannya?
Adakah didikan yang aku terima masih berjalan?
apa yang telah aku sumbangkan?
*bisu
Tarbiyah umpama petrol dan Hati ibarat enjin.
Program-program pengisian ibarat stesen minyak.
Bagaimana kita hendak mengharungi perjalanan yang panjang tanpa bekalan yang mencukupi?
Enjin petrol juga akan rosak jika diisi dengan diesel. Maka hati kita perlu diisi dengan 'petrol' yang betul. Malah jika petrol yang diisi adalah petrol berkualiti, RON97, enjin akan memberi kekuatan maksima. (dah macam iklan minyak daa).
Tak kira la kita duduk sat ka lama; Janganlah kita tinggalkan.
Program-program pengisian ibarat stesen minyak.
Bagaimana kita hendak mengharungi perjalanan yang panjang tanpa bekalan yang mencukupi?
Enjin petrol juga akan rosak jika diisi dengan diesel. Maka hati kita perlu diisi dengan 'petrol' yang betul. Malah jika petrol yang diisi adalah petrol berkualiti, RON97, enjin akan memberi kekuatan maksima. (dah macam iklan minyak daa).
Tak kira la kita duduk sat ka lama; Janganlah kita tinggalkan.
"Ya Allah janganlah Kau bolak balikkan hati kami sesudah Kau memberi hidayah kepada kami..ameen"
6 comments:
tarbaik lah ! Kenangan terindah.
haha teringat zmn dulu2 kt lgkawi ;)
muhasabah diri jap lps baca entry kamu -.-
seronoknya boleh pegi sana. org dah 20 tahun hidup ni pun tak pernah jejak kaki kat langkawi :(
>atifgazali
hehe..kenangan sungguh
>♥NuR SyAFiQah♥
mmg teringat..
trima ksih sudi bkunjung..
maaf bersepah sket.. ^_^"
dtg lg..
>Cik Ca'ah
isyh3..
ingatkan dah merantau hbes 1malaysia.. hehe
Mengimbau kembali kenangan lalu.... ~~~
gambar2 yang punyai daya kreatif dan tersendiri!
Post a Comment