Dah tengok belum?
tiada kaitan pun. :p
Sempena kemasukan sem baru(nervous la pulak), saya hadiahkan sebuah entry boring untuk semua pelajar-pelajar seluruh dunia. =)
***
“Ish susahnya!”
“Soalan jenis apa ni?!”
“Eh aku dah buka tajuk ni semalam. Ruginya tak baca”
Begitulah antara rungutan bagi kebanyakan pelajar yang tidak bersedia semasa menduduki peperiksaan. Atau mungkin sudah study tapi kononnya itu subjek yang susah atau subjek maut.
Jika diamati otak manusia mempunyai 10 hingga 15 billion neuron.Jumlah ini melebihi 2 kali ganda seluruh penduduk Dunia!! Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan yang digunakan sehingga kini hanyalah baru 10% daripada potensi otak, lagi 90% menunggu untuk dikembangkan. Jadi, masih banyak benda yang boleh kita capai.
Begitu juga dengan badan manusia. Kita mampu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sekiranya terdapat tekanan yang akhirnya mendatangkan ‘kesungguhan yang maksima’.
Pernahkah anda mendengar kisah seorang ibu yang lemah mampu membengkokkan besi tingkap demi mengeluarkan tiga orang anaknya dari rumah yang sedang terbakar? Walaupun sedang sarat mengandung, tetapi disebabkan kesungguhan yang melangit akhirnya menzahirkan kekuatan yang luarbiasa.
Dari mana kekuatan itu datang? Ya, daripada Allah. Tetapi adakah ia diberi begitu sahaja? Tidak. Kejayaan atau kekuatan diberikan kepada ibu tersebut yang telah betul-betul berusaha bersungguh-sungguh.
***
“Aduh, banyak lagi tak study ni. Esok dah nak exam. Ah tawakal je lah”
Hai mudah nampak. Ingat iman kita ni kuat sangat ke nak minta macam tu je tanpa usaha. Sedangkan rasulullah pun merangka bermacam-macam strategi untuk berhijrah dan menyebarkan Islam. Inikan pula kita. Sebenarnya usaha itu sendiri adalah tawakal tau. Tiada istilah tawakal tanpa usaha.
“Tapi aku dah study sungguh-sungguh dalam subjek add math, tak ponteng, beri perhatian kepada cikgu,minta doa banyak-banyak, tapi kenapa susah je nak faham?!”
Ya kita dah usaha. Tapi kita belum betul-betul bersungguh-sungguh. Kalau cara yang kita guna itu gagal, guna cara lain pula. Kaji di mana kelemahan kita. Tanya pendapat orang yang lebih arif dan sebagainya. Dalam masa yang sama tingkatkan pengharapan kepada Allah agar dipermudah.
***Tamat Mukadimah***
Sebenarnya pada post kali ini saya ingin menegur diri saya sendiri yang selalu kurang kesungguhan dalam banyak perkara.
Semasa saya di tingkatan 1, saya sering merungut tentang pembelajaran bahasa arab.
Susah. Tak faham. Pening. Semua ada.
Tapi saya tak mengambil jalan penyelesaian. Tak ambil lebih masa untuk menghafal. Tanya kawan dan sebagainya. Akibatnya bila naik tingkatan 2 dan seterusnya, lagi la susah nak faham. Sebabnya, saya tak bersungguh-sungguh.
Sewaktu tingkatan 4 pula. Biologi. Dah tau lemah tak cari ubat. Malas membaca. Bila baca tapi tak faham, tak nak bertanya. Ketika itu bukannya saya tak mengharap pertolongan Allah. Lepas solat minta doa. Solat hajat tak tinggal. Jaga hal-hal dosa. Tapi kenapa saya masih lemah? Jawapannya..saya tak bersungguh-sungguh.
“Aku nak dapat dean list sem ni!”
Semasa di awal sem, ini antara azam yang selalu ditanam oleh pelajar (termasuk saya). Tetapi bila dah masuk pertengahan, masih bermalas-malas. Keinginan ada, tapi tiada jalan kearah destinasi tersebut. Akibatnya tak dapat la dean list.
Tetapi bila saya tingkatkan kesungguhan, alhamdulillah Allah beri kejayaan.
Contohnya ketika sebelum SPM. Saya begitu bersungguh-sungguh menjawab soalan-soalan matematik tambahan. Malah semua kertas percubaan setiap negeri yang saya dapat, saya habiskan. Kemudian pergi consult dengan cikgu pula. Tanya kesalahan-kesalahan saya. Buat pembetulan lagi. Allah beri kejayaan. Itu bermakna kejayaan akan datang bila disertakan kesungguhan.
Itu baru cerita bab akademik.
Dalam menjalani kehidupan seharian, banyak perkara lagi yang memerlukan kesungguhan.
Bersungguh-sungguh menjadi muslim.
Bersungguh-sungguh menjadi mukmin.
Bersungguh-sungguh menjadi mukmin.
Bersungguh-sungguh untuk khusyuk dalam solat.
Bersungguh-sungguh dalam persediaan menjadi seorang suami/isteri/ayah/ibu.
Bersungguh-sungguh dalam persediaan menjadi seorang suami/isteri/ayah/ibu.
Bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah-ibadah sunat.
Bersungguh-sungguh mengawal hawa nafsu.
Bersungguh-sungguh untuk memenangkan Islam.
Bersungguh-sungguh mendalami kefahaman/fikrah Islam.
Bersungguh-sungguh mengejar syurga Allah.
Dulu di sekolah semasa saya kecil, guru saya selalu bertanya,”nanti nak masuk syurga ke neraka?”.
“Syurgaa!”, semua menjawab.
So, bila sudah ada matlamat, perlulah bersungguh-sungguhan mengejar cita-cita. Mengejar redha dan rahmat Allah.
***
Di sini saya bukanlah nak mengajak para pembaca meletakkan pengharapan kepada usaha anda. Memang sewajibnya segala pengharapan itu hanya pada Allah, tapi tiada kejayaan datang bergolek.
Saya juga akui kadang-kadang kita dah usaha semaksima yang mungkin, tapi tak beroleh apa-apa. Sedarlah wahai Mu_hD dan para pembaca sekalian, selagi beroleh sedikit harapan, pasti ada kejayaan. Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan memiliki syurga Allah adalah kemenangan yang hakiki. Kejayaan yang tiada ganti.
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu. Dan itulah kemenangan yang besar.”
Destiny is not the path given to us, but the path we choose for ourselves.
~Megamind
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
(Ar-Ra’du)
Wallahualam.
suara hati : Bergerak ke Kuantan petang ni. Doakan saya.
1 comment:
terkesan dgn tulisan enta.. huhu
(woit, jgn taruk nama ana dlm bloglist enta.. tulis je nama samaran. Please...)
Post a Comment