Ya Allah, tak tau la nak setat macamana. Nak taip pun kena cari huruf ni. Nampak sangat dah lama tak hupdate belog.
Ntah lah. Bila masuk U ni rasa macam tiada roh untuk menulis. Nak kata sibuk tak juga. Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih aku kat sini. Oh lupa nak habaq. Aku baru sambung degree kat IIUM, kampus Kuantan. Jauh oOo. Agak susah la nak balik rumah lepas ni.
Sekarang baru habis mid-break.
Petang tadi kelas komputer ada belajar bab HTML.
Tiba2 teringat kat blog ni..haha.
Sebenarnya semenjak dua menjak ni jiwa rasa lemah. Tak tau pasai apa. Lemah tarbiyah dzatiyah mungkin. Tu yang agak berat nak menulis.
Kadang2 aku cemburu dengan sahabat-sahabat aku yang lain. Dulu duduk kelas sekali, dorm sekali, makan sekali, belajar sekali, guru yang sama, murabbi yang sama, tapi peningkatan depa jauh meninggalkan aku.
Di universiti, mereka adalah penggerak yang berpengaruh. Bila berucap, kata-kata mereka sangat menyentuh jiwa-jiwa para pendengar. Akhlak mereka sangat menyenangkan. Bila tengok muka je dada terasa lapang. Memang lelaki idaman, menantu pilihan la senang citer. Sungguh aku rindukan mereka. Tapi kenapa asyik depa je senangkan aku. Aku? hurmm..
ok. Jangan touching sangat.
Baru2 ni waktu cuti midsem aku sempat ketemu dengan sorg sahabat.
Macam2 kitorang sembang.
Kemudian entah macamana dia ada cerita pasal masalah dia dengan seseorg yang turut aku kenal.
Walaupun aku dah tau masalah ini sebelum itu, tapi rupa2nya masalah ni makin teruk.
Aku pun tak tau nak buat camana.
Aku takut dengan tindakan aku nanti mungkin akan merosakkan lagi hubungan kami. Tambah2 dua2 orang tu adalah orang yang agak rapat denganku.
Aku diam. Dia hanya bercerita. Rasa begitu berat masalah sahabatku ini.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Permudahkanlah jangan disulitkan.
Sebagai penutup.
eh apa aku dok melalut ni..
ermm. ok la ye.
Wallahualam.
1 comment:
teruskan menulis,
ada lagi yang nak baca ni :)
eh,macam ni pun kira sokongan kan kan kannn? teehee ^^
Post a Comment