Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk saya menulis.
Pantas masa berlalu. Sekarang kita sudah berada di penghujung tahun 2011.
Saya yakin setiap daripada kita telah melalui banyak perkara sepanjang tahun ini.
Mungkin ada pengalaman yang manis. Tidak kurang juga yang pahit. Itu lumrah. Tapi yang lebih penting bagaimana kita meletakkan setiap saat daripada kehidupan yang kita lalui itu untuk berserah diri kepada tuan dan pencipta kita yakni Allah.
Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting adalah bagaimana keadaan kita hidup. Kan?
Pengalaman manis saya tahun ni?
Mestilah dapat buat blog ni. Haha (
Jom review sedikit tentang perjalanan hidup kita.
Kita(mungkin cuma saya) sering terlupa bahawa hidup kita hanya sementara. Bukan tak tahu, cuma terleka hingga terlupa. Bagi saya, puncanya ialah dunia. Bila kita asyik nak kejar dunia, mana nak ingat akhirat kan? Adalah menjadi satu kerugian jika kita menjadikan ibadah-ibadah harian (e.g: solat 5kali sehari) sebagai hanya rutin atau puasa di bulan Ramadhan sebagai adat. Sedangkan ianya lebih besar daripada itu.
Allah wajibkan kita solat 5 kali sehari. Supaya kita sentiasa sedar sepanjang hari yang kita ni hanyalah hamba dan ber’punya’. Kita ini adalah kerdil, hina dan tak punya kuasa. So, kita juga akan faham yang kita akan kembali kepada Allah. Then, pabila semua sifat ini kita rasa dalam hati, kita tak akan mendekati perkara buruk. Barulah solat kita itu menjadi solat yang efektif sebagaimana disebut dalam Al-Quran:
‘sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.’
[al-Ankabut:45]
Pada sem ni saya ada mengambil subjek management. Ada satu tajuk tu mengenai tindakan yang efektif dan efisyen. Secara umum, tindakan efektif adalah apabila objektifnya terlaksana; dan efisyen adalah apabila menggunakan sumber yang kecil tapi hasil besar.
So, bila sebut solat dapat mencegah dari perkara mungkar, kenapa masih ramai yang tak tinggal solat tapi masih buat perkara buruk? Jawapannya solatnya tidak efektif. Mungkin tidak memenuhi kriteria-kriteria di dalam solat. Dan tidak merasai sifat-sifat yang disebut di atas.
*peringatan untuk diri sendiri juga ni.
![]() |
Kita yang mana? |
Berbalik kepada kehidupan kita.
Dunia ni sekejap je kan?
So, kena enjoy la? Ahaa, jangan lupa walaupun ia sekejap, tapi itulah penentu kepada kehidupan kita di akhirat.
Dunia itu kan ladang akhirat. Kita tanam di dunia, hasilnya kita dapat di akhirat. Jika benih yang kita guna adalah benih yang baik, ditanam di tanah yang subur, ditambah baja yang berkualiti, dijaga, sembur racun haiwan perosak; maka buah yang kita dapat di akhirat adalah buah yang baik. Tapi kalau sebaliknya? Busuk lah buah yang kita dapat di sana.
Habis tu tak boleh enjoy?
Boleh. Tapi ada cara dan syaratnya.
Tidak melanggar syara’.
Tidak berlebih-lebihan.
Menjaga batas lelaki perempuan.
DLL (semua dah besaQ kan. Boleh pikiaQ sendiri mana baik buruk).
Hiburan ini ibarat garam dalam masakan. Kalau tiada, tak sedap ; tapi kalau terlebih, masin.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.
Sempena menempuh 2012 yang dah tak lama lagi, jom kita tingkatkan kehidupan kita kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
Senior saya pernah memberi panduan di dalam bab tingkatkan diri:
Ambil satu kertas kosong.
Lipat dua secara vertical.
Satu bahagian tulis sifat2 buruk yang ada dalam diri kita.
Satu lagi kekuatan diri kita.
Bandingkan. Fikir. Sifat buruk apa yang masih ada?
Then, cuba untuk tinggalkan.
Perkara yang baik pula kita kekalkan.
Kalau kita nak buat azam baru pada tahun 2012 ini, cuba buat cara ini.
Tulis dalam kertas kecil. Simpan dalam dompet. Pastu tengok pada hujung tahun 2012 nanti. Ada perubahan atau tidak. Kalau rasa lama sangat boleh je buat ikut bulan.
![]() |
Ha pilih pilih! |
^_^
No comments:
Post a Comment