Bismillah.
"Rambut sama hitam, hati lain-lain"
![]() |
Tak sama hitam pun. haha |
Macam-macam ragam manusia kan? Tengok dari luar nampak macam sekepala, tapi dalam hati susah nak teka.
Tapi rasanya peribahasa tu dah tak boleh pakai la zaman sekarang ni. Yela ramai yang pakat tukar kaler rambut. Nak perang la. Merah la. Kelabu
"Kalau pakai inai?"
Yang tu pun special kes. Tapi niat kena betul la nak ikut sunnah. Jangan bab pakai inai nak ikut sunnah tapi bab lain tak nak ikut.
Ok. Sebenarnya dah lari topik ni. haha.
* * * * *
Di mana-mana tetap sama? Apa yang sama?
Ikuti kisah selanjutnya..
Ikuti kisah selanjutnya..
Tujuan asal adalah untuk membeli kasut sebab kasut sukan yang lama tu dah rosak. Tambah2 plak dah hujung tahun ni, mesti la banyak sale! heh. Time nak bayar kasut tu sempat la sembang2 dengan akak cashier tu. Melayu muslim. freehair. Dia tegur..
akak : awak ni student ke?
me : yup. student.
akak : student mane? Uia?
me : ermm.. a'ah. Uia.
(tepat kot dia teka! mcmana dia tahu ni? ada cop uia ke kt dahi aku?
akak : Owh. aritu ada game Futsal Ipt kan kt uia?
me : ada. kenapa?
akak : kalau ada orang luar nak masuk tengok boleh ke time tu?
me : ermm..boleh je rasenya.
akak : tapi aritu akak pergi ada orang tahan. Dia cakap tak boleh masuk kalau tak pakai tudung. kena tutup aurat.
me : owh yeke.
(macamana nak jawab nih? teringat kisah Bro Sharif and commitee CAMPRO11 kt sport komplex aritu)
me : patutnya memang begitu. tapi kan kak, sebenarnya bukan dekat uia je kena pakai tudung(tutup aurat)?
akak : (pelik) ermm?
me : kat mana-mana pun kena pakai tudung kan? hee~
akak : .... a'a... ^_^!
lepas tu nak cakap benda lain tapi tengok akak tu macam dah segan ja, saya tambah..
me : boleh je nak masuk, tapi kena pakai selendang ke macamtu la. tutup kepala. sebab ramai je non-muslim masuk pakai selendang. (ayat bekap)
akak : owh.
Seriously speaking, saya pun tak tau macamana boleh terlintas cakap macam tu awal2. Sori akak. Bukan niat nak bagi ayat pedas, tapi memang dah begitu. Nanti orang kata macam ni plak,
"ala uia tak boleh masuk la, kena pakai tudung la. tutup aurat. jadi ustaz ustazah..blablabla.."
sedangkan tutup aurat tu kan di mana-mana sahaja. bukan Uia je. Kecuali lah tempat 'private'.
Saya sebagai student Uia bukan tak bagi orang lain masuk, datang lah. Kami mengalu-alukan. Tapi saya sebagai tuan rumah ada hak saya, anda sebagai tetamu ada hak anda. (
Saya pun tak tau cara saya ni betul ke tak sebab sepatutnya kita ni adalah 'pengubah' bukan 'penghukum'.
Entah.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah al-Ahzab : 59]
Moga Allah beri hidayah pada saya, akak tu dan kita semua.
Wallahualam~
-End of article-
6 comments:
Nice...~~~
Rasulullah SAW bersabda, "sampaikanlah daripada walau satu ayat."(alHadis)
teruskanlah menyampai.semoga anda peroleh kebaikan dari itu~
syabas!anda telah berani menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pendakwah.=)
semoga input yang sedikit tu boleh menyuntik hati kakak cashier utk berubah ^_^,
insyaALlah, lepas ni boleh lebih bersedia kalau ditanya soalan macam ni kan~
terbaek!
@rizQzaini
insyaAllah. doakan saya
Post a Comment