Selesai sudah sem pertama.
Perasaan bercampur-baur di hujung sem. Sedih. Gembira. Sunyi. Macam2 ada.
Walaupun last paper dah lepas dua hari, saya masih terkontang-kanting dalam bilik bersama seorang lagi rumate. Yang lain semua dah balik. Sunyi.
![]() |
Siannya duduk sorang-sorang. |
Lepas tu terus down nak pergi family day malam tu. Tapi dah sebab jadi ajk makanan. Kena la semangatkan diri. Kang semua orang tak makan. Sapa yang susah?
Masa on the way nak ke family day tu, dapat satu msg:
Faris : Mu_hD, enta dah balik belum?
Me : belum. kenapa?
Faris : esok petang akhi shafie ajak pergi kebun buah. Rasa2 boleh join tak?
pergh! Dah lama rasanya tak makan buah. Alang2 tak beli tiket lagi boleh la jalan2 masuk hutan sikit sebelum balik. Hajat nak balik hari Ahad terus terbatal. Tunda Isnin.
Maka sedikit jeleslah dengan mereka2 yang mengupdate status di FB, "home sweet home" la..etc. haish!
* * * * *
By the way, bila dah habis exam selalu teringat beberapa perkara.Antaranya:
Lepas exam ni ingat lagi tak benda yang dah dipelajari?
Susah betul nak niat belajar dengan ikhlas kan?. Belajar kerana exam atau sebab memang cintakan ilmu?
3 peringkat dalam keikhlasan:
sebelum amal, semasa amal dan selepas amal.
Sebelum amal senang ja nak buat.
"ok aku nak buat benda ni kerana Allah! Betul ni!"
Semasa amal pun masih ok lagi sebab pergantungan tu masih kepada Allah.
Yang selepas amal tu la yang paling susah nak jaga. Sebab bila kita dah buat, mula la syaitan dok hasut,
"hebat la kau dapat jawab semua. Mesti dapat markah tinggi. Kawan mesti puji hang punya".
Arghh! syaitan, pi main jauh-jauh!
* * * * *
Dan yang paling sedih adalah pada 15 Januari saya masih belum sampai rumah.
Sebenarnya bila dapat tahu 14 Jan ialah last paper, terus cadang nak balik malam tu sebab 15 Januari tu birthday my mom!
Tapi apakan daya susunan Allah itu lebih berkuasa. InsyaAllah ada hikmah.
Sebenarnya bila dapat tahu 14 Jan ialah last paper, terus cadang nak balik malam tu sebab 15 Januari tu birthday my mom!
Tapi apakan daya susunan Allah itu lebih berkuasa. InsyaAllah ada hikmah.
Terima Kasih ya Allah yang telah memberi saya seorang ibu yang pengasih.
Selamat Hari Lahir Ummi!
Tunggu Mu_hD balik naa.
Esok pagi bertolak ke Penang. Doakan saya.
Tunggu Mu_hD balik naa.
Esok pagi bertolak ke Penang. Doakan saya.
4 comments:
Nice..
bila nak tukar shoutmix syeikh?
@Asmemyself
huhu..thanx..byk kena perbaiki lagi
@mr IQ
hehe..tgah cari la ni..haritu sibuk xdan nak buat..
Post a Comment