Thursday, 23 February 2012

[Math n Life] Graf Keimanan.

Suasana di bilik mesyuarat semakin hangat.

Walaupun berselimutkan angin penghawa dingin yang bersuhu 20 darjah celcius, masih belum cukup untuk menyejukkan semangat pelajar-pelajar tingkatan 5 lelaki.

Hati mereka kian membara. Terpancar sinar kekuatan untuk terus maju ke hadapan.

Wajah-wajah mereka berubah-ubah seiring dengan penyampaian yang bersemangat daripada Sir Abduh, seorang guru dan murabbi yang sudah berusia tetapi muda jiwanya.

Dengan roman muka yang tenang sambil tersenyum, Sir Abduh mengambil sebatang marker lalu bergerak ke whiteboard dan melakar dua garisan paksi vertical dan horizontal.

Semua ternanti-nanti. Nak buat apa agaknya.

"Baik, ini adalah level iman kita", kata sir sambil melabelkan 'iman' pada paksi menegak/vertical.

"dan ini adalah peningkatan umur kita", sambil melabel 'masa' pada paksi melintang/horizontal.

macam ni haa
Sir menyambung, "Sebagai orang mukmin, graf keimanan kita adalah begini.."


Semua tersenyum menangkap kata-kata sir. Hebat!

* * * * *

Yup. Itulah salah satu pengajaran yang saya dapat daripada seorang insan bergelar Sir Abduh. juga kadang2 dipanggil Cikgu Abduh.

Beliau bukanlah guru matematik, fizik atau deeniah tetapi apabila hidup dan akalnya sentiasa digunakan untuk Islam, maka fikirannya lebih luas berbanding mereka yang sekadar belajar matematik hanya apa yang di dalam buku.

Ini bukanlah kali pertama Sir Abduh buat sebegini. Sejak saya tingkatan satu hingga lima, macam2 teori menarik yang sir keluarkan.

Berbalik kepada graf yang sir lakar.
Kita bukanlah nabi yang imannya sentiasa menaik. Kita insan biasa yang imannya ibarat yoyo. Turun dan naik.
Tapi,.. ahaa. biarlah penurunan itu sekejap sahaja dan kita harus sedar balik. Dan menaik tinggi semula.

Dan averagenya..
meningkat.

Setiap kali kita rasa 'down', kita jangan fikir lama-lama atau menyalahkan diri sendiri. Carilah kembali sumber kekuatan kita. Maka disitu akan muncullah satu lagi teori yang direka oleh cikgu matematik saya, Cikgu Sanihah iaitu teori "Turning Point". Ahaa.

InsyaAllah akan saya kongsikan dalam entry2 akan datang.

Malah ada lagi teori [math n life] yang dicanangkan oleh guru-guru matematik saya yang lain.

"Sudut Kemaksiatan", "Garisan Kebenaran", "Life Interception", dan banyak lagi.

Indah kan Islam? Di mana-mana pun ada hingga belajar matematik pun ada Islam.
Dan semua teori-teori ini saya belajar daripada guru-guru di MATRI yang telah menjalani didikan atau tarbiyah Islam. Mempraktiskan Islam dalam kehidupan mereka.

Hebat mereka yang menjalani tarbiyah Islam ni.

So, jom didik diri kita jadi orang hebat! =)

-End of article-

5 comments:

Yildirim Fateh said...

hahaha.. anta ingat lagi ya pasal nie? ana xpernah ingat pon..

Mu_hD said...

hehe..tiba2 teringat.
pasal math2 nie mmg sensitif skit.. =)

Cik Caah said...

math :)

Yildirim Fateh said...

esok ana post satu pasal artikel2 nie..

hafizah said...

Alhamdulillah..entry yg baik.kaitkan matematik dan islam.anda mengingatkan kita pd al-Khawarizmi =)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...