Tuesday, 28 February 2012

Saya Ada Anak?

Ok. Kali ni entry merapu sikit. ABAIkan jika rasa tak penting.

Baru-baru ni saya termimpi. Mimpi pelik banyak sikit. Mungkin sebab asyik letak nama fb pelik-pelik kot.

Dalam mimpi tu saya sudah berkahwin. adeh~

* * * * *
 

Aku dan isteri tercinta hidup serba sederhana.
Wajahnya amat menyenangkan.
Punya senyuman yang menawan.
Dan yang penting, akhlak yang memukau.
Kami bahagia.

Tapi dengan izin Allah, jodoh kami tak berpanjangan. :'(

Baru setahun usia perkahwinan kami, aku terpaksa ke luar negeri meninggalkan isteriku di tanah air dalam jangka masa yang agak lama. Entah sampai bila. Mungkin tidak pulang.
Semuanya gara-gara urusan yang amat penting(*mimpi tu tak sebut urusan perniagaan ke urusan jihad ke apa).

Bagaimanapun, sebelum berangkat pergi. Aku sudah punya seorang anak lelaki. :p
Nama diberi 'Alim. Sangat comel. Macam ibunya.
(*bab duit, makan, rumah dah settle la sebelum pergi).

Dipendekkan cerita(*mimpi tu yang pendekkan),
Setelah 4 tahun di negeri orang, aku pulang ke tanah air. Kembali ke halaman rumah ingin ketemu isteri yang setia menunggu.

Ucapan salam diberi. Debar menanti.
Setelah berapa lama, pintu dikuak.

"Abang?"

(*part sini saya potong sikit ye. bahaya :))

Selepas bertanya khabar dsbgnya, ada sesuatu di ruang tamu yang menarik perhatianku.
Seorang budak.

Aku memandang isteriku dengan wajah persoalan.

"Anak kita", jawabnya tersenyum.

Dengan hati yang girang, aku terus meluru kepada anak itu dan mendukung.

Kemudian, entah macam mana, kami bertiga berada di taman awam. Jalan-jalan ambil angin.
Aku lebih banyak habiskan masa dengan anakku. Kami berjalan di hadapan. Isteriku di belakang.

'Alim seorang yang bijak. Aktif, petah berbicara dan cepat mesra.
Tapi yang buat aku bangga ketika itu adalah aqidahnya. Dia tahu Allah itu Tuhannya. Bila nampak bunga, dia cakap,"cantik bunga Allah cipta ni". Hatiku turut berbunga. (*jangan buat ayat bunga sangat la)
Malah dia juga sudah menghafal surah al-fatihah dan beberapa surah pendek.

Masa tu aku rasa syukur sangat kerna Allah kurniakan isteri yang mampu mendidik anakku sebegini. Mengasuh semasa aku pergi. Mendidik ketika aku tiada di sisi.

Then, kami berehat sebentar di sebuah pondok sambil menikmati aiskrim.

(*masa ni ada part pelik sikit yg saya pun tak paham. Sebab takmau kacau cerita, potong jelah)

Sebenarnya 'Alim masih belum tahu siapa aku. Malah menggelar diriku 'abang'.haha. Mungkin sangkanya aku adalah kenalan rapat ibunya.

macam cerita 'Sekali Lagi' la pulak. 

Sedang asyik menikmati pemandangan, 'Alim bersuara,

"abang, kenapa abang bawa ummi dgn 'Alim jalan2 sini?", tanyanya hairan. Pelik la tiba2 dtg rumah pastu bawa keluar ke taman.

Aku memandang isteriku. Dia memeluk bahu 'Alim seraya berkata,
" 'Alim, sebenarnya ni lah abah 'Alim".

"abah 'Alim?"

"ya"

Aku berdebar. Menunggu apakah reaksinya. 'Alim merenung wajahku. Lama. Matanya bergenang air mata. Mata kami bertembung.

"abah..", panggilnya sayu sambil mendekatiku lalu salam cium tanganku.

Terkejut aku. Abah? rasa macam dah tua. Rasa banyak tanggungjawab yang kena pikul.

"Abah, kenapa abah tinggalkan 'Alim? Abah pergi mana?" serak suara 'Alim bersama linangan air mata di dalam dakapanku.

Aku terkedu. Sebak. Diam seribu bahasa. Tiada jawapan untuk si anak kecil itu. Hanya tangan yang mengusap rambutnya.

Tanpa diduga...
"Allahuakbar Allahuakbar"..
azan subuh dari masjid uia. tersedar dari mimpi. =)

* * * * *

Ya Allah. Mimpi apakah ini? Terus bangun dan ambil wudhuk.

Agak kecewa sebab..
-tak sempat nak jawab soalan 'Alim.
-tak sempat nak ucap terima kasih buat isteri tercinta sebab mendidik anak dengan baik.
-tak kenal siapa my wife tu! haha. lupa pulak nak tanya nama. zaujah sendiri pun taktau nama.apadaa. yang pasti muka dia memang tak pernah jumpa in real life. dan tak pakai spek la pulak..ermm. dia pakai contact lens kot.

Lagipun dalam dunia realiti mana ada semua indah2 belaka kan. Mesti ada gak gaduh2, badai gelora dsbgnya.

Ok. Abaikan yang tersurat. Meh kita nengok apa yg tersirat. Haa ni yg saya nak kongsikan sebenarnya.

Teringat kata-kata seorang guru saya, Sir Nasir semasa mengupas buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam',
"proses pendidikan anak/tarbiyatul aulad ini bukan bermula ketika kita dah ada anak atau ketika isteri mengandung, tetapi bermula semenjak kita memilih bakal isteri lagi."

Yup, memilih isteri yg baik/solehah merupakan saham yg sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak.

Siapakah yg lebih bersama anak ketika suami outstation?
siapakah yg lebih bersama anak ketika suami keluar kerja?
siapakah yg luangkan banyak masa dengan anak?
Pastilah ibu kan.

Masa saya kecik2 dulu pun saya rasa lebih banyak bersama ibu saya.
Umi habis kerja tengahari. Abah balik petang.
Kadang2 malam abah keluar ada program. Umi jarang2 je program malam.
Abah selalu ada kursus la. Pergi kl, putrajaya dll. Time tu saya bersama umi.
Tapi tak la bermakna saya xdak masa langsung ngan abah, cuma masa dengan umi lagi banyak.

Ermm..malas la nak sembang bab ni panjang2. Harap anda faham. Saya pun tak kahwin lagi..mana gheti nak ulas banyak2.

Anak-anak itu lahir dalam keadaan bersih(fitrah). Kitalah yg mencorak peribadinya.
Nak anak jadi apa?
pemain bola? ajar dia sepak bola. bagi mkn bola.
penyanyi? tiap2 malam sebelum tidur nyanyikan Negaraku kat dia.
pakar komputer? ajak lawan PES, tak pun DOTA.
(ok perenggan ni merapu)

Sabda nabi saw:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih(fitrah), maka ibubapanyalah yg menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(muttafaqun 'alaihi)

Berlaku pemurahlah kpd anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlaq yg baik


p/s: Spt yg di highlight kan, ABAIkan benda yang tak penting ye. (^_^)Y peace~


6 comments:

Cik Caah said...

tak lama lagi boleh dapat kad kenduri kot mujahid ;)

Mu_hD said...

oho.. tunggu la cuti sekolah nnt..

tp xtaw tahun bila.. :p

hafizah said...

menarik,lawak,tapi penuh pengertian.. semoga Allah kurniakan kamu zaujah idaman kamu.

Mu_hD said...

@hafizah:

Ameen..harapnya awak juga bertemu zauj idaman..

ke dah ada? :p

hafizah said...

soal jodoh tu rahsia Allah.kalau dah jumpa yg bkenan pun belum tentu ianya jodoh kita.sbb itulah pentingnya jaga muamalat.kalau betul jodoh Alhamdulillah.kalau bukan jodoh atleast kita tak mengambil hak orang lain yg bakal jadi zauj/zaujah kita. lagipun pada pendapat saya,saat walimah tu akan jadi saat yang paling indah dan menggetarkan andai pasangan itu menjaga hubungan sblum itu..=)
*maaf panjang pulak

Mu_hD said...

@hafizah:

yup..syukran.
lagipun sesiapa itu dah ditetapkan, perlu tingkatkan diri dan usaha sedikit tanpa melanggar batas.

err, 'ke dah ada?' saya tu bermaksud dah walimah ke? bkn ada calon atau apa2. maaf.

btw, tqvm.
silakan komen lagi. kalo ada blog boleh share skali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...