Bismillah.
Bukit Tabur. Berhampiran Taman Melawati, Gombak. [Info lanjut]
Juga dikenali sebagai Bukit TaboQ. Bunyi ala ala pasemboq gitu. Eh lama juga tak makan pasemboq. Last makan masa awal first year dulu. Itu pun ada orang bagi. *eh lari topik.
Mendaki bukit tabur. Satu pengalaman manis yang saya rasa rugi jika tidak dikongsikan. Walaupun cerita ni sudah lama (2 minggu sebelum Ramadhan).
* * * * *
Allah izin ada seorang kawan dan juga teammate masum saya ni memang kaki panjat bukit dan gunung; Ayzat. Dia member aktif kelab rekreasi uia kuantan.
“aku tengok bukit ni macam best je. Kawan aku cakap boleh naik. Ada jalan dari belakang. Jom Mu_hD, bila-bila free nanti kita try naik ”
Saya on je. Tapi kami tak tahu jalan.
Kebetulan masa kami pergi pasar malam kat Uia tu, Ayzat terjumpa senior kelab rekreasi. Senior tu pulak dah pernah naik bukit tu. Boleh la guide kami.
Sister 5th year. Kak Awatif. Dah grad.
Since K.Awatif akan jadi penunjuk jalan/guide kami, kira macam kami ni menuntut ilmu la. Kalau menuntut ilmu kan diringankan selagi kita menjaga adab. Seeloknya kita cari la yang lelaki dulu tapi dah takdak. Lagipun K.Awatif dah berpangkat kakak.
Eh panjang pulak mukadimah.
* * * * *
Sabtu pagi. Langit sangat cerah seolah-olah merestui
pendakian kami.
Bertolak dari Uia. Rupa-rupanya Ayzat ajak Keim Bahrin sekali. Jumpa Keim di kaki bukit.
Total wanderers = 4.
![]() |
bersiap sebelum naik |
Awal2 tu macam senang je. Lama2 makin susah. Tebing batu curam2, tajam2. Mencabar tapi best.
Unik
Bukit Tabur sangat unik:
1. Memiliki beberapa puncak. Dan setiap puncak tu boleh tengok pemandangan yg berbeza2 dan cantik2.
![]() |
suku perjalanan |
3. All in 1. Selalu kalau bukit2 lain, dia punya special ada satu dua ja.
Nak bukit hutan, naik bukit lain. Nak bukit batu, bukit lain. Bukit lasak lain, bukit yang senang lain.
Tapi bukit tabor ni complete satu pakej. View bandar ada, view hutan ada, view yg cantik, lasak, sharma, gua, boleh camping kalau nak (tapi tak boleh ramai2), nak masak megi dan bbq pun boleh, ada rumput carpet ala ala tilam(ada gambar kat bawah nanti). Cuma takdak airterjun dgn salji ja. Yang lain perfect.
Dan yang bestnya, jalan bukit tabor ni lasak tapi tak penat sebab dia banyak panjat2 daripada berjalan jauh macam naik gunung.
Dan pendaki bukit Tabur lebih memerlukan kekuatan mental daripada kekuatan fizikal.
4. Dan banyak lagi! Saya tak dapat menggambarkan dengan kata2. Kena naik sendiri.
Beberapa gambar untuk tatapan. Tapi masa edit tu ter’setting’ gambar kecik. So mungkin ada yg tak berapa clear. =( sad
![]() |
gua |
![]() |
tasik |
![]() |
langit ilahi. =p |
menuju ke puncak *like |
![]() |
aksi memanjat. dont try this at home |
![]() |
haa..ni la rumput macam carpet tu. *like |
![]() |
sini sangat cantik. rasa macam duduk luar negara. sapa pernah tengok cerita Snow White and Huntsman, scene sini macam babak dekat taman 7 org kerdil tu. cantik! *super like |
![]() |
Uia Gombak |
karaoke? |
Turun.
Selepas rehat2 mengumpul daya, kami turun.
Kami turun ikut jalan lain. Jalan kebun. Takut juga lalu jalan situ sebab banyak kali dengar bunyi anjing dan babi. Tapi alhamdulillah semua ok.
Lepas tu Keim ajak makan nasi ayam dengan abc. Tapi tapi.....
saya puasa time tu!
Semua pakat paksa suruh saya buka puasa. Adeh~
Keim : "ni kedai nasi ayam paling sedap dekat KL tau. rugi kalau kau tak makan".
Selepas rehat2 mengumpul daya, kami turun.
Kami turun ikut jalan lain. Jalan kebun. Takut juga lalu jalan situ sebab banyak kali dengar bunyi anjing dan babi. Tapi alhamdulillah semua ok.
Lepas tu Keim ajak makan nasi ayam dengan abc. Tapi tapi.....
saya puasa time tu!
Semua pakat paksa suruh saya buka puasa. Adeh~
Keim : "ni kedai nasi ayam paling sedap dekat KL tau. rugi kalau kau tak makan".
Maka dengan perasaan dukacitanya, terpaksa la makan. haha.dapat makan pun dukacita ka?
Penutup
Secara keseluruhan, best! Lepas ni nak pergi lagi kalau ada peluang. Nak pergi jalan satu lagi pulak.
Sebelum turun tu, semua pakat pasang impian masing2.
Keim.
"nanti bila aku kahwin, aku nak ambil gambar wedding dgn isteri aku kat sini. lawa kot"
Ayzat
"aku nak tengok bunga api dari bukit ni masa new year nanti"
Kak Awatif
"masa akak konvo bulan 10 ni, akak nak ambil gambar pakai jubah konvo atas bukit ni dgn background uia"
haha. macam2.
Impian saya?
haa. ada la. Biarlah rahsia~. haha.
Sebagai penutup, ada hadiah untuk anda semua saya bawakan siaran ulangan dari bukit tabur di channel youtube. Tapi camera lekeh je ni. camerman pun tak bertauliah. huhu
* * * * *
Sampai di rumah, saya try google bukit tabur. Banyak juga kes2 kat sini.
Antaranya:
So, sapa yang bercadang nak naik lepas ni, kena berhati-hati ye.
* * * * *
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
pergantian malam dan siang,
kapal yang berlayar di laut dgn (muatan) yang bermanfaat bagi manusia,
apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air,
lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati(kering),
dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang,
dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi,
(semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti"
[Al-baqarah : 164]
^_^
No comments:
Post a Comment