![]() |
Source : FB coach, Cikgu Saiful. |
Sekalung tahniah buat matri volleyball team yang mendapat johan dalam MSS Perlis U-18 buat kali keempat (tiga kali berturut-turut).
Teringat zaman 2008 masa first time dapat johan selepas tujuh tahun berturut-turut asyik dapat naib johan je. Masa tu minta je nak outing, mesti ayahanda warden ust Mahathir bagi punya.hehe. Gembira tak sangga. Hilal siap buat novel lagi. Semangat.
Ok saya bukanlah ahli team volleyball. Tumpang main petang2 ja.
“Sekiranya kita menang pertandingan ini tapi hubungan kita dengan Allah terputus, Allah tidak pandang kemenangan ini. Tetapi sekiranya Allah takdirkan kita kalah, kalah kita adalah bernilai jika kita bermain kerana Allah. Biar kita kalah, tapi menang sahsiah. Kita bermain untuk mencari redha Allah, itu yang paling penting. Tetapi kita tetap perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan Islam itu yang terbaik. Dan jika Allah berikan kemenangan, itu adalah bonus.”
Lebih kurang beginilah kata2 yang selalu disebut senior2.
Kami dididik agar sentiasa sedar bahawa ada benda lain yang kami cari selain kemenangan title. Apa sahaja bidang yang diceburi samaada sukan atau tidak, Islam berada di hadapan. Islam yang memandu.
Bila mendapat mata, kami bertakbir. Aurat dijaga. Siang berlatih, malam merintih. Solat hajat bersama. Sebelum berlawan nyanyi lagu Sunnah Berjuang sesama. Tiada gap junior senior. Dan banyak lagi dalam mewujudkan biah solehah. Oh saya rindu suasana itu. Syu’ur Islam sangat tinggi.
* * * * *
Teringin wujudkan suasana itu dalam batch cts111 dan team pingpong masum uia. Oh ya, ketika kami mendapat tempat ketiga dalam masum2012 baru ni, sorakan takbir kami bergema di dalam dewan. Allahuakbar!
Jom sama-sama kita jaga HDA, Hubungan Dengan Allah dalam apa saja kita buat, bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
* * * * *
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh; (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[AtTaubah : 111]
No comments:
Post a Comment