Showing posts with label ppong. Show all posts
Showing posts with label ppong. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

Kejohanan Ping Pong IPT2012



KUANTAN - Pada tahun 2012, Kolej Komuniti Wilayah Pahang telah dipertanggungjawabkan oleh Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) sebagai penganjur kejohanan dan Kolej Komuniti Kuantan sebagai Pengerusi Pengelola untuk penganjuran kali ini. Ianya merupakan kejohanan terbesar di peringkat Kolej Komuniti kerana melibatkan hampir semua IPT di Malaysia. Kejohanan Ping Pong IPT 2012 akan berlangsung selama 5 hari bermula 12 – 16 April 2012 bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan,Pahang.
Sasaran penyertaan pada tahun ini adalah sebanyak 70 pasukan yang terdiri hampir semua IPTA dan IPTS yang utama di Malaysia. Sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu acara berpasukan, perseorangan lelaki , perseorangan wanita,beregu lelaki dan beregu wanita.

read more..
* * * * *
Haa.. kalau rajin datang la bagi sokongan kat teman naa(tebiat apa cakap teman ni). Game teman hari sabtu. Dah la jumaat ada exam. Ni yang nerbes ni.

ok la. Doakan yang terbaik untuk teman. =)


Saturday, 26 November 2011

Many Barriers Before Victory

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah. Tertutupnya buku lama. Buka buku baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Sebelum saya teruskan dengan tajuk entry kali ini dan sempena tahun baru hijrah, jom kita hayati satu kisah seorang sahabat nabi bernama Suhaib ar-Rumi semasa peristiwa hijrah.

Kenalkah anda Suhaib ar-Rumi? Nama sebenar beliau ialah Suhaib ibn Sinan. Digelar arRumi kerana memiliki muka yang cerah dan berambut perang mirip orang Rom. Antara sahabat nabi yang awal memeluk Islam.

Ketika Suhaib ar-Rumi Rodhiallahu 'Anh hendak berangkat ke Madinah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy.

Dengan penuh kemarahan mereka berkata kepadanya,
"Kamu ke mari dalam keadaan miskin dan hina. Sekarang hartamu telah terkumpul, hingga kamu boleh memperolehi apa sahaja yang kamu inginkan. Lalu sekarang kamu hendak keluar dari Makkah dengan harta dan jiwamu? Sungguh kami tidak akan membiarkan kamu pergi begitu sahaja!"

Di sini terjadi peperangan sengit antara hakikat Islam dan hakikat kebendaan duniawi. Dan hakikat Islamlah yang menang.

Suhaib al-Rumi Rodhialahu 'Anh berkata, "Akankah kamu membiarkan diriku melanjutkan perjalanan atau hijrah, kalau kutinggalkan seluruh hartaku untuk kamu."

Mereka menjawab, "Ya, engkau bebas pergi setelah engkau tinggalkan seluruh hartamu."

Suhaib berkata, "Silakan kamu ambil seluruh hartaku, dan biarkan aku pergi atau hijrah!"

Dia pun melanjutkan perjalanan hijrahnya dengan membawa keyakinan dan agamanya, tanpa memperdulikan harta bendanya. Kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Seakan-akan tidak ada sesuatu pun yang hilang daripada dirinya, tidak pula merasa rugi.

MasyaAllah, beliau sanggup meninggalkan dunia semata-mata untuk mengejar akhirat.
Kita? Duit tak dak sikit dah gelisah. Rasa masih jauh untuk mencontohi mereka.

*Edisi muhasabah diri sebentar ambil iktibar. =)

***
Back to the topic..

Pada entry lepas[link], saya ada cerita pasal game interkuliyyah PingPong kat Gombak.

So, apa yang terjadi semasa interkuliyah tersebut? Ikuti kisah selanjutnya..huu
Tapi macam panjang je. kalau rasa bosan senang je. tekan CTRL+W. Habis cerita. ngeh2

Khamis [17/11] malam

Bermulalah kisah di mana saya terpaksa mencari transport untuk ke IIUM Gombak.
Sepatutnya setiap kuliyyah kena hantar 3 orang wakil baru boleh main kategori Team. Tapi entah macamana teammates saya lagi dua orang tu ada hal lain last minit. So, kena la pergi sendiri. Dah la baru first year, 'cable' pun tak ramai lagi.

Dipendekkan cerita selepas mencari mereka2 yang nak pi Gombak, dapat tahu sorang student 3rd year from kuliyah Allied. Pernah kenal dia masa main Open Pahang baru2 ni. Terus mesej dia.

me : salam bro. esok pi gombak naik apa?
dia(macam pelik je nama) : wsalam. naik van kuliyah. kenape?
me : ada kosong lagi tak? nak tumpang
dia : owh. ada je rasanya. kena tanya drebar dulu la esok.
me : oh. ok tq. (dalam hati: takkan tak dak kosong kot. van kuliyah besar kot. hee~ )

Settle masalah transport. Tumpang dia esok hari.

Jumaat [18/11]

Gombak - Petang lepas sampai kat Multipurpose Hall Female Sport Complex, kena la lapor diri.

Disebabkan Kuliyyah Of Science(kuliyah saya ler tu) hanya ada saya, maka terpaksa la menyibukkan diri dalam meeting dengan wakil kuliyah2 yang ada.

Tiba-tiba

Penganjur : wakil kuliyah science(kos) mana?
me : saya.
penganjur : dalam list nama kos ada 9 pemain(3L 6P). mana lagi? diorang datang tak?
me : err(blur sebentar). tak datang. diorang ada hal.
penganjur : semua tak datang?
me : ye kot(haha..ayat selamat)

bertubi-tubi kena tanya. Dah la yang uruskan pemain2 tu orang lain, sister 4th year. tengok2 dia pun tak mai. Memang saya la jadi mangsa. Geram!
penganjur : habis tu awak datang dengan sapa?
me : tumpang allied ~(sambil buat muka kesian)
penganjur : hai~ (sambil geleng kepala). habis tu awak tak der team camana?
me : ermm..tak pe saya main kategori single je lah(pasrah)

mula2 memang macam tak best je dapat main single je. then..
me : eh sat kak, team pharmacy ada berapa orang?
penganjur : nape? ada strategi apa plak ni?
me : hehe, tak da la, rasanya diorang ada 2 orang je. Boleh tak saya masuk team diorang? boleh la..boleh la (muka kesian lagi)

lepas tu akak tu macam tak nak kasi je. Sebbaik coach Uia ada kat situ.
coach : ala tak pelah. awak masuk je team pharmacy.
me : yeaa!!(dalam hati je..haha) Ok terima kasih coach.
Sebenarnya saya dah tau yang team pharmacy ada sorang player tu memang power. Wakil Uia. So, alang2 dah team diorang tak cukup, saya pun join la sekali. hehe

Settle masalah tak ada team. Saya main untuk pharmacy. Tak kisah pun. Janji dapat main.

Malam lepas solat, kitorang pergi makan kat Cafe Ali. Masa tengah tunggu makanan tu, tiba-tiba

me : eh, pian!
pian : eh la, Mu_hD! <-- (bajet nak rahsiakan nama..hoho)

Jumpa Sufian la pulak, bekas roomate saya semasa foundation kat PJ. Kitorang pun terus bersalaman dan berpelukan. Perghh, rindu kot. Masa habis foundation dulu terus tak jumpa langsung sampai malam tu. Lepas bertanya khabar dan sebagainya, pian ajak pi bilik dia. Tapi tak lama situ sebab dah janji nak jumpa dengan Fian Murshidy. Alang2 dah datang Gombak kena la jumpa member2 yang ada. hehe.

Berjanji di Cafe Ali. Jumpa sekali dengan Raja. Tapi dapat jumpa sat ja. Depa pun baru balik dari lowyat. so, penat. Ziarah kejap bilik Fian, jumpa Suhail pulak. Tengah study. Tak nak kacau dia. Sembang sat ja.

Lepas rehat kejap di compartment Fian dan berbincang beberapa perkara, Fian hantar ke mahallah penginapan saya, Mahallah Maryam. habis hari jumaat.

Sabtu [19/11]

Jeng-jeng. Hari game dah tiba.
Awal pagi lagi dah kena siap2 ke dewan tournament.

Sampai kat dewan.

me : laa. hangpa pun ada
amir : eh, Mu_hD!

Jumpa Amir and da geng pulak. Teammate pingpong masa main untuk PRESSS kat PJ dulu. Sekarang jadi rival la. haha.

Then..
Penganjur : Kuliyah Pharmacy. sila ke meja urusetia untuk urusan bla bla bla.
Aduh, saya kena lagi. Dah la main untuk kuliyah lain, kena jadi manager pulak sebab wakil pharmacy tu belum sampai. Diorang bertolak lambat sikit. Haish~ Banyak betul dugaan. Nak main pun susah.

Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu kategori Team, kitorang menang sampai quarter-final. Semi-final dan final sambung esok. Kategori single pulak kalah kat quarter je. huhu.

Owh ya petang tu saya terpaksa bermain dengan ibu jari berbalut gara-gara menghayun jari ke bucu meja. arghh..sakit oOo. Ujian lagi.

me : akak, ada minyak or plaster apa2 tak?
akak tu : eh la, awak lagi. Macam2 hal sungguh. Kenapa jari tu?

haha. akak commitee tu pun dah tension asyik saya je ada masalah.

Sebelum habis game petang tu, Wafiy dan Ridhwan pulak datang. waa, ramai bebenor member2 Gombak saya jumpa. Tak sia-sia datang. Memang tujuan sampingan nak jumpa depa pun. hehe. Sebelum tu lagi sempat jumpa Ghufran kat cafe apa ntah. Rasa bestnya duduk Uia Gombak, ramai sahabat-sahabat. Daripada Uia Kuantan tu, apa je yang ada? hutan, sunyi sepi, kawan ngan monyet. huh! Sabo je lah. Tapi kalau bab nak study jangan cakap la. Sungguh aman damai lagi menyenangkan. hehe.

Ahad [20/11]


Semi-final
Bertemu Engin B. Waktu ni saya jadi 3rd single.
1st single Ayzat. Tiada masalah. Ayzat berjaya mengutip mata pertama. 1-0
2nd single Rahman. Lawan dengan budak wakil Uia. Tapi Rahman main mantap time tu. Menang. 2-0. Terbaik ah Rahman.
So, kitorang dah menang. Saya tak payah main. hehe.
Kitorang masuk final. Bertemu Engin A. Berdebar juga ar. Engin A ramai yang hebat2 belaka. Kalau tak silap dua orang dalam tu wakil Uia main untuk MASUM.

Final
Sekali lagi kitorang letak Ayzat 1st single. Ayzat pun wakil Uia. Tak kurang hebatnya. Tapi Team Engin A macam ada strategi lain je. Diorang letak 1st single tu yang agak lemah. Dua orang yang power tu diorang letak 2nd and 3rd. Mungkin diorang nak burn mata pertama kot sebab kena lawan dengan Ayzat. entah.
Ayzat berjaya menjalankan tugas dengan baik. Mata pertama berjaya diraih. 1-0

2nd single. Saya. =) Lawan dengan pemain uia. Berdebar kot.

"Ala, main macam biasa je. Aku yakin ko boleh menang", Rahman bagi semangat.

Bermula permainan.
Macam tak caya, 1st and 2nd set saya menang. Dan tinggal lagi satu set perlu menang.
Tapi masuk set ke3 kalah. Dia dah mula 'mengganas'. Set 4 pun kalah lagi. Masuk set terakhir. Set penentuan.
Lagi la berdebar. Dah la penyokong Engin ramai.
Dan dengan izin Allah. Alhamdulillah saya menang di set penentuan. Kalau ikutkan dari segi corak permainan, memang pemain Engin lagi bagus. Tak jangka pun dapat menang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itu je yang dapat saya lafazkan lepas meraih mata kemenangan sekaligus muncul juara ketegori Berpasukan Lelaki.

Wehuu!
Awat muka sedih tu?

budak cfs poyo
ready untuk balik

Selesai majlis penyampaian hadiah, kitorang bersiap2 untuk pulang dan check out hostel. Lunch di cafe apa ntah dekat dengan masjid uia tu. Terserempak dengan Fairuz Azhar dan Rasyid. Diorang baru habis meeting untuk program Kem Minda Kreatif (KMK) di Kedah. Moga semua KMK berjalan lancar especially KMK Penang. Maaf tak dapat turun.
Tak dapat sembang lama dengan Fairuz dan Rasyid. Perjalanan masih jauh.
Tahniah juga team Allied sis yang merangkul 1st-runner up.
Thanks to Allied team yang sudi tumpangkan kitorang. =) 
last shot before going back to kuantan
Penat dan puas. Walaupun banyak masalah sikit sebelum game, alhamdulillah semua itu ada hikmah. Allah beri kejayaan.
Harap2 perjalanan saya kali ini ada nilaian di sisi Allah walaupun sekadar bersukan. Niat nak jumpa kenalan baru juga tercapai. Jumpa ramai pemain yang bagus.
Dan harap2 juga dapat main untuk MASUM mewakili Uia tahun depan. hehe. Doakan.

-End of article-

Thursday, 17 November 2011

Inter-Batch vs Inter-Kuliyyah vs Exam

Assalamualaikum pembaca yg dihormati.
Moga dalam lembayung kasih Allah.

Nothing to say.
Just nak inform. Minggu ni aku ada game pingpong Inter-Kuliyah kat Gombak. (*ek eleh)
Agak tersepit. Tak tau nak pi ke tak. Ada kelas sebenarnya.
Bukan nak main sangat pun. Cuma nak jumpa orang2 gombak. Sahabat2 Gombak.. hehe

Nak main ke study??


Walaupun ada masalah sket pasal transport, harap2 semua berjalan lancar. Selamat pergi dan balik.

Kepada semua classmate MGT subjek, good luck for your mid-term!


Dan kepada batch CTS 111, good luck for interbatch too! Sorry tak dapat main sekali.

- End of Entry -

Sunday, 8 May 2011

Pusing 2

Sambungan daripada artikel Pusing 1..

24 April 2011

Hati saya sedikit memberontak kerana tidak dapat ke KLIBF2011. Walaupun tiada buku khusus yang ingin dibeli, perasaan ingin ke sana dan melihat suasana sungguh memuncak. Kupujuk hati dengan niat meneman sepupuku sorang ni, AbgMuhaizan(AM). Lagipun kos perbelanjaan dia yang tanggung.apa salahnya sekali sekala jalan-jalan..hehe 


Pada malamnya kami tiba di Kuala Terengganu. Cari punya cari akhirnya kami bersetuju menginap di Batu Buruk Resort. tepi pantai tuu.. Jiwa yang memberontak tadi hampir reda.

25 April 2011

Pagi ni agak bosan. AM pergi kerja. Saya keseorangan.


"Arghh bosannya!". 


Saya jalan2 di tepi pantai melihat pemandangan. sekadar mengisi kekosongan.

"Subhanallah!", memang cantik pantai di KT. terasa diri sangat kerdil. 


Kemudian saya terfikir, "Bila kita luang masa untuk mengisi hati, insyaAllah tiada rasa bosan".


Malah kebosanan di atas jalan hendak menuju Allah ni pun satu tarbiyah, satu didikan.


Wah! Bosan pun satu didikan. Hebat bukan?!


Tapi yang x best bila pandangan dicemari dengan manusia2 yang berkepit sana sini. Sabar. Itu juga didikan.


Apa peranan saya ketika itu? Erk! Cegah dengan hati je? Itu hanya selemah2 iman. Ya Allah berilah ku kekuatan.

ABC + udang tepung + sotong tepung = sedap

Lepas AM balik, kami ke medan selera di Seberang Takir menjamu seafood. 
"memang terbaik", komen AM selepas selesai melantak. Alhamdulillah.

sempat snap depan UNISZA

26 April 2011

Suasana Bandar KT agak menyenangkan..tepi pantai la katakan. tak macam KL. Petang tu selesai saja urusan AM kami terus ke Dungun.
  Membeli kopok sebelum ke Dungun.

Suasana di Dungun dan KT agak berbeza. mesti la KT lagi besar..dah nama pun ibu negeri. tapi keduanya tepi pantai.
Agak lama juga kami mencari tempat penginapan yang sesuai di Dungun. Akhirnya terpaksa berpuas hati dengan Hotel Damai. Ok la. Alhamdulillah.

27 April 2011

Hari ini merupakan hari terakhir di Terengganu. Disebabkan AM mahu tiba di Taiping pada malam itu juga, kami tidak lama di Dungun. Lepas habis kerja, terus gerak.

Sampai Taiping agak lewat. Berhenti makan sebentar kemudian AM tunjuk satu tempat 'hot' di Taiping.haha. Macam2 perasaan ada waktu pi tempat tu. risau.geli.kesian.lawak semua ada. 


Tiba di rumah AM. Semua penghuni sudah lelap. Kami yang kepenatan terus meratakan badan.


28 April 2011


Bandar Taiping agak unik tempatnya. tempat bersejarah. dan ada tasik yang cantik =). Teringat 'seseorang' di Taiping.


Pagi tu kami mandi di sungai berhampiran Bukit Larut. terlintas kisah seorang guru hilang dan dijumpai sudah meninggal. Innalillah. Moga roh beliau dicucuri rahmat. takziah buat keluarganya.


Teringat seorang sahabat yang tinggal di Taiping, Solahudin. terus call dan buat appointment. Jumpa. sungguh, saya rindukannya.


Makan tengahari di rumahnya. tiba2 satu idea datang. pergi rumah AM bermain pingpong. sempat satu game..arghh. teringat suasana di sekolah dulu. Solahudin ialah partnerku sejak tingkatan satu.


Kami tak dapat lama. Kena balik penang. Rasa macam tak puas jumpa Solahudin. Moga dipertemukan lagi ya Allah.


Gerak pulang.
Tiba.
Alhamdulillah.
Rindu mak.
eh ummi la. mak belum lagi.
=)


Saya pusing-pusing merata tapi akhirnya Allah izin pulang juga ke penang kerana itu asal dan juga kediaman saya.
Kita hidup lama-lama di dunia tapi akhir kita akan bertemu Allah jua kerana daripada Allah kita didatangkan.


Apa bekalan kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...