Showing posts with label IIUM. Show all posts
Showing posts with label IIUM. Show all posts

Wednesday, 28 December 2011

Di Mana-mana Tetap Sama.

Bismillah.

Pernah dengar tak peribahasa ni?
"Rambut sama hitam, hati lain-lain"

Tak sama hitam pun. haha

Macam-macam ragam manusia kan? Tengok dari luar nampak macam sekepala, tapi dalam hati susah nak teka.

Tapi rasanya peribahasa tu dah tak boleh pakai la zaman sekarang ni. Yela ramai yang pakat tukar kaler rambut. Nak perang la. Merah la. Kelabu taik anjing la. Bajet western la kan. Lain la kalau lahir2 tu memang dapat rambut kuning ke. Hijau ke(ada ke?pokok?) Tu special kes la. But mostly for asian, especially malay, rambut kaler hitam. Sebab tu la peribahasa tadi orang panggil pepatah melayu.

"Kalau pakai inai?"


Yang tu pun special kes. Tapi niat kena betul la nak ikut sunnah. Jangan bab pakai inai nak ikut sunnah tapi bab lain tak nak ikut.

Ok. Sebenarnya dah lari topik ni. haha.

* * * * *

Di mana-mana tetap sama? Apa yang sama?

Ikuti kisah selanjutnya..

Semalam saya pergi ke East Coast Mall aka ECM, Kuantan.

Tujuan asal adalah untuk membeli kasut sebab kasut sukan yang lama tu dah rosak. Tambah2 plak dah hujung tahun ni, mesti la banyak sale! heh. Time nak bayar kasut tu sempat la sembang2 dengan akak cashier tu. Melayu muslim. freehair. Dia tegur..

akak : awak ni student ke?
me    : yup. student.
akak : student mane? Uia?
me    : ermm.. a'ah. Uia.

(tepat kot dia teka! mcmana dia tahu ni? ada cop uia ke kt dahi aku? muka ada nur kot.haha)

akak : Owh. aritu ada game Futsal Ipt kan kt uia?
me    : ada. kenapa?
akak : kalau ada orang luar nak masuk tengok boleh ke time tu?
me    : ermm..boleh je rasenya.
akak : tapi aritu akak pergi ada orang tahan. Dia cakap tak boleh masuk kalau tak pakai tudung. kena tutup aurat.
me    : owh yeke.

(macamana nak jawab nih? teringat kisah Bro Sharif and commitee CAMPRO11 kt sport komplex aritu)

me    : patutnya memang begitu. tapi kan kak, sebenarnya bukan dekat uia je kena pakai tudung(tutup aurat)?
akak : (pelik) ermm?
me    : kat mana-mana pun kena pakai tudung kan? hee~
akak : .... a'a... ^_^!

lepas tu nak cakap benda lain tapi tengok akak tu macam dah segan ja, saya tambah..

me    : boleh je nak masuk, tapi kena pakai selendang ke macamtu la. tutup kepala. sebab ramai je non-muslim masuk pakai selendang. (ayat bekap)
akak : owh.

Seriously speaking, saya pun tak tau macamana boleh terlintas cakap macam tu awal2. Sori akak. Bukan niat nak bagi ayat pedas, tapi memang dah begitu. Nanti orang kata macam ni plak,
"ala uia tak boleh masuk la, kena pakai tudung la. tutup aurat. jadi ustaz ustazah..blablabla.."
sedangkan tutup aurat tu kan di mana-mana sahaja. bukan Uia je. Kecuali lah tempat 'private'.

Saya sebagai student Uia bukan tak bagi orang lain masuk, datang lah. Kami mengalu-alukan. Tapi saya sebagai tuan rumah ada hak saya, anda sebagai tetamu ada hak anda. (cakap macam uia tu aku punya je.haha)

Saya pun tak tau cara saya ni betul ke tak sebab sepatutnya kita ni adalah 'pengubah' bukan 'penghukum'.
Entah.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
[Surah al-Ahzab : 59]


Moga Allah beri hidayah pada saya, akak tu dan kita semua.

Wallahualam~

-End of article-

Saturday, 26 November 2011

Many Barriers Before Victory

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah. Tertutupnya buku lama. Buka buku baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Sebelum saya teruskan dengan tajuk entry kali ini dan sempena tahun baru hijrah, jom kita hayati satu kisah seorang sahabat nabi bernama Suhaib ar-Rumi semasa peristiwa hijrah.

Kenalkah anda Suhaib ar-Rumi? Nama sebenar beliau ialah Suhaib ibn Sinan. Digelar arRumi kerana memiliki muka yang cerah dan berambut perang mirip orang Rom. Antara sahabat nabi yang awal memeluk Islam.

Ketika Suhaib ar-Rumi Rodhiallahu 'Anh hendak berangkat ke Madinah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy.

Dengan penuh kemarahan mereka berkata kepadanya,
"Kamu ke mari dalam keadaan miskin dan hina. Sekarang hartamu telah terkumpul, hingga kamu boleh memperolehi apa sahaja yang kamu inginkan. Lalu sekarang kamu hendak keluar dari Makkah dengan harta dan jiwamu? Sungguh kami tidak akan membiarkan kamu pergi begitu sahaja!"

Di sini terjadi peperangan sengit antara hakikat Islam dan hakikat kebendaan duniawi. Dan hakikat Islamlah yang menang.

Suhaib al-Rumi Rodhialahu 'Anh berkata, "Akankah kamu membiarkan diriku melanjutkan perjalanan atau hijrah, kalau kutinggalkan seluruh hartaku untuk kamu."

Mereka menjawab, "Ya, engkau bebas pergi setelah engkau tinggalkan seluruh hartamu."

Suhaib berkata, "Silakan kamu ambil seluruh hartaku, dan biarkan aku pergi atau hijrah!"

Dia pun melanjutkan perjalanan hijrahnya dengan membawa keyakinan dan agamanya, tanpa memperdulikan harta bendanya. Kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Seakan-akan tidak ada sesuatu pun yang hilang daripada dirinya, tidak pula merasa rugi.

MasyaAllah, beliau sanggup meninggalkan dunia semata-mata untuk mengejar akhirat.
Kita? Duit tak dak sikit dah gelisah. Rasa masih jauh untuk mencontohi mereka.

*Edisi muhasabah diri sebentar ambil iktibar. =)

***
Back to the topic..

Pada entry lepas[link], saya ada cerita pasal game interkuliyyah PingPong kat Gombak.

So, apa yang terjadi semasa interkuliyah tersebut? Ikuti kisah selanjutnya..huu
Tapi macam panjang je. kalau rasa bosan senang je. tekan CTRL+W. Habis cerita. ngeh2

Khamis [17/11] malam

Bermulalah kisah di mana saya terpaksa mencari transport untuk ke IIUM Gombak.
Sepatutnya setiap kuliyyah kena hantar 3 orang wakil baru boleh main kategori Team. Tapi entah macamana teammates saya lagi dua orang tu ada hal lain last minit. So, kena la pergi sendiri. Dah la baru first year, 'cable' pun tak ramai lagi.

Dipendekkan cerita selepas mencari mereka2 yang nak pi Gombak, dapat tahu sorang student 3rd year from kuliyah Allied. Pernah kenal dia masa main Open Pahang baru2 ni. Terus mesej dia.

me : salam bro. esok pi gombak naik apa?
dia(macam pelik je nama) : wsalam. naik van kuliyah. kenape?
me : ada kosong lagi tak? nak tumpang
dia : owh. ada je rasanya. kena tanya drebar dulu la esok.
me : oh. ok tq. (dalam hati: takkan tak dak kosong kot. van kuliyah besar kot. hee~ )

Settle masalah transport. Tumpang dia esok hari.

Jumaat [18/11]

Gombak - Petang lepas sampai kat Multipurpose Hall Female Sport Complex, kena la lapor diri.

Disebabkan Kuliyyah Of Science(kuliyah saya ler tu) hanya ada saya, maka terpaksa la menyibukkan diri dalam meeting dengan wakil kuliyah2 yang ada.

Tiba-tiba

Penganjur : wakil kuliyah science(kos) mana?
me : saya.
penganjur : dalam list nama kos ada 9 pemain(3L 6P). mana lagi? diorang datang tak?
me : err(blur sebentar). tak datang. diorang ada hal.
penganjur : semua tak datang?
me : ye kot(haha..ayat selamat)

bertubi-tubi kena tanya. Dah la yang uruskan pemain2 tu orang lain, sister 4th year. tengok2 dia pun tak mai. Memang saya la jadi mangsa. Geram!
penganjur : habis tu awak datang dengan sapa?
me : tumpang allied ~(sambil buat muka kesian)
penganjur : hai~ (sambil geleng kepala). habis tu awak tak der team camana?
me : ermm..tak pe saya main kategori single je lah(pasrah)

mula2 memang macam tak best je dapat main single je. then..
me : eh sat kak, team pharmacy ada berapa orang?
penganjur : nape? ada strategi apa plak ni?
me : hehe, tak da la, rasanya diorang ada 2 orang je. Boleh tak saya masuk team diorang? boleh la..boleh la (muka kesian lagi)

lepas tu akak tu macam tak nak kasi je. Sebbaik coach Uia ada kat situ.
coach : ala tak pelah. awak masuk je team pharmacy.
me : yeaa!!(dalam hati je..haha) Ok terima kasih coach.
Sebenarnya saya dah tau yang team pharmacy ada sorang player tu memang power. Wakil Uia. So, alang2 dah team diorang tak cukup, saya pun join la sekali. hehe

Settle masalah tak ada team. Saya main untuk pharmacy. Tak kisah pun. Janji dapat main.

Malam lepas solat, kitorang pergi makan kat Cafe Ali. Masa tengah tunggu makanan tu, tiba-tiba

me : eh, pian!
pian : eh la, Mu_hD! <-- (bajet nak rahsiakan nama..hoho)

Jumpa Sufian la pulak, bekas roomate saya semasa foundation kat PJ. Kitorang pun terus bersalaman dan berpelukan. Perghh, rindu kot. Masa habis foundation dulu terus tak jumpa langsung sampai malam tu. Lepas bertanya khabar dan sebagainya, pian ajak pi bilik dia. Tapi tak lama situ sebab dah janji nak jumpa dengan Fian Murshidy. Alang2 dah datang Gombak kena la jumpa member2 yang ada. hehe.

Berjanji di Cafe Ali. Jumpa sekali dengan Raja. Tapi dapat jumpa sat ja. Depa pun baru balik dari lowyat. so, penat. Ziarah kejap bilik Fian, jumpa Suhail pulak. Tengah study. Tak nak kacau dia. Sembang sat ja.

Lepas rehat kejap di compartment Fian dan berbincang beberapa perkara, Fian hantar ke mahallah penginapan saya, Mahallah Maryam. habis hari jumaat.

Sabtu [19/11]

Jeng-jeng. Hari game dah tiba.
Awal pagi lagi dah kena siap2 ke dewan tournament.

Sampai kat dewan.

me : laa. hangpa pun ada
amir : eh, Mu_hD!

Jumpa Amir and da geng pulak. Teammate pingpong masa main untuk PRESSS kat PJ dulu. Sekarang jadi rival la. haha.

Then..
Penganjur : Kuliyah Pharmacy. sila ke meja urusetia untuk urusan bla bla bla.
Aduh, saya kena lagi. Dah la main untuk kuliyah lain, kena jadi manager pulak sebab wakil pharmacy tu belum sampai. Diorang bertolak lambat sikit. Haish~ Banyak betul dugaan. Nak main pun susah.

Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu kategori Team, kitorang menang sampai quarter-final. Semi-final dan final sambung esok. Kategori single pulak kalah kat quarter je. huhu.

Owh ya petang tu saya terpaksa bermain dengan ibu jari berbalut gara-gara menghayun jari ke bucu meja. arghh..sakit oOo. Ujian lagi.

me : akak, ada minyak or plaster apa2 tak?
akak tu : eh la, awak lagi. Macam2 hal sungguh. Kenapa jari tu?

haha. akak commitee tu pun dah tension asyik saya je ada masalah.

Sebelum habis game petang tu, Wafiy dan Ridhwan pulak datang. waa, ramai bebenor member2 Gombak saya jumpa. Tak sia-sia datang. Memang tujuan sampingan nak jumpa depa pun. hehe. Sebelum tu lagi sempat jumpa Ghufran kat cafe apa ntah. Rasa bestnya duduk Uia Gombak, ramai sahabat-sahabat. Daripada Uia Kuantan tu, apa je yang ada? hutan, sunyi sepi, kawan ngan monyet. huh! Sabo je lah. Tapi kalau bab nak study jangan cakap la. Sungguh aman damai lagi menyenangkan. hehe.

Ahad [20/11]


Semi-final
Bertemu Engin B. Waktu ni saya jadi 3rd single.
1st single Ayzat. Tiada masalah. Ayzat berjaya mengutip mata pertama. 1-0
2nd single Rahman. Lawan dengan budak wakil Uia. Tapi Rahman main mantap time tu. Menang. 2-0. Terbaik ah Rahman.
So, kitorang dah menang. Saya tak payah main. hehe.
Kitorang masuk final. Bertemu Engin A. Berdebar juga ar. Engin A ramai yang hebat2 belaka. Kalau tak silap dua orang dalam tu wakil Uia main untuk MASUM.

Final
Sekali lagi kitorang letak Ayzat 1st single. Ayzat pun wakil Uia. Tak kurang hebatnya. Tapi Team Engin A macam ada strategi lain je. Diorang letak 1st single tu yang agak lemah. Dua orang yang power tu diorang letak 2nd and 3rd. Mungkin diorang nak burn mata pertama kot sebab kena lawan dengan Ayzat. entah.
Ayzat berjaya menjalankan tugas dengan baik. Mata pertama berjaya diraih. 1-0

2nd single. Saya. =) Lawan dengan pemain uia. Berdebar kot.

"Ala, main macam biasa je. Aku yakin ko boleh menang", Rahman bagi semangat.

Bermula permainan.
Macam tak caya, 1st and 2nd set saya menang. Dan tinggal lagi satu set perlu menang.
Tapi masuk set ke3 kalah. Dia dah mula 'mengganas'. Set 4 pun kalah lagi. Masuk set terakhir. Set penentuan.
Lagi la berdebar. Dah la penyokong Engin ramai.
Dan dengan izin Allah. Alhamdulillah saya menang di set penentuan. Kalau ikutkan dari segi corak permainan, memang pemain Engin lagi bagus. Tak jangka pun dapat menang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itu je yang dapat saya lafazkan lepas meraih mata kemenangan sekaligus muncul juara ketegori Berpasukan Lelaki.

Wehuu!
Awat muka sedih tu?

budak cfs poyo
ready untuk balik

Selesai majlis penyampaian hadiah, kitorang bersiap2 untuk pulang dan check out hostel. Lunch di cafe apa ntah dekat dengan masjid uia tu. Terserempak dengan Fairuz Azhar dan Rasyid. Diorang baru habis meeting untuk program Kem Minda Kreatif (KMK) di Kedah. Moga semua KMK berjalan lancar especially KMK Penang. Maaf tak dapat turun.
Tak dapat sembang lama dengan Fairuz dan Rasyid. Perjalanan masih jauh.
Tahniah juga team Allied sis yang merangkul 1st-runner up.
Thanks to Allied team yang sudi tumpangkan kitorang. =) 
last shot before going back to kuantan
Penat dan puas. Walaupun banyak masalah sikit sebelum game, alhamdulillah semua itu ada hikmah. Allah beri kejayaan.
Harap2 perjalanan saya kali ini ada nilaian di sisi Allah walaupun sekadar bersukan. Niat nak jumpa kenalan baru juga tercapai. Jumpa ramai pemain yang bagus.
Dan harap2 juga dapat main untuk MASUM mewakili Uia tahun depan. hehe. Doakan.

-End of article-

Thursday, 17 November 2011

Inter-Batch vs Inter-Kuliyyah vs Exam

Assalamualaikum pembaca yg dihormati.
Moga dalam lembayung kasih Allah.

Nothing to say.
Just nak inform. Minggu ni aku ada game pingpong Inter-Kuliyah kat Gombak. (*ek eleh)
Agak tersepit. Tak tau nak pi ke tak. Ada kelas sebenarnya.
Bukan nak main sangat pun. Cuma nak jumpa orang2 gombak. Sahabat2 Gombak.. hehe

Nak main ke study??


Walaupun ada masalah sket pasal transport, harap2 semua berjalan lancar. Selamat pergi dan balik.

Kepada semua classmate MGT subjek, good luck for your mid-term!


Dan kepada batch CTS 111, good luck for interbatch too! Sorry tak dapat main sekali.

- End of Entry -

Tuesday, 15 November 2011

I'm Back!

Assalamualaikum.

Ya Allah, tak tau la nak setat macamana. Nak taip pun kena cari huruf ni. Nampak sangat dah lama tak hupdate belog.
Ntah lah. Bila masuk U ni rasa macam tiada roh untuk menulis. Nak kata sibuk tak juga. Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih aku kat sini. Oh lupa nak habaq. Aku baru sambung degree kat IIUM, kampus Kuantan. Jauh oOo. Agak susah la nak balik rumah lepas ni.

Sekarang baru habis mid-break.
Petang tadi kelas komputer ada belajar bab HTML.
Tiba2 teringat kat blog ni..haha.

Sebenarnya semenjak dua menjak ni jiwa rasa lemah. Tak tau pasai apa. Lemah tarbiyah dzatiyah mungkin. Tu yang agak berat nak menulis.
Kadang2 aku cemburu dengan sahabat-sahabat aku yang lain. Dulu duduk kelas sekali, dorm sekali, makan sekali, belajar sekali, guru yang sama, murabbi yang sama, tapi peningkatan depa jauh meninggalkan aku.
Di universiti, mereka adalah penggerak yang berpengaruh. Bila berucap, kata-kata mereka sangat menyentuh jiwa-jiwa para pendengar. Akhlak mereka sangat menyenangkan. Bila tengok muka je dada terasa lapang. Memang lelaki idaman, menantu pilihan la senang citer. Sungguh aku rindukan mereka. Tapi kenapa asyik depa je senangkan aku. Aku? hurmm..selfish gila

ok. Jangan touching sangat.
Baru2 ni waktu cuti midsem aku sempat ketemu dengan sorg sahabat.
Macam2 kitorang sembang.
Kemudian entah macamana dia ada cerita pasal masalah dia dengan seseorg yang turut aku kenal.
Walaupun aku dah tau masalah ini sebelum itu, tapi rupa2nya masalah ni makin teruk.
Aku pun tak tau nak buat camana.
Aku takut dengan tindakan aku nanti mungkin akan merosakkan lagi hubungan kami. Tambah2 dua2 orang tu adalah orang yang agak rapat denganku.
Aku diam. Dia hanya bercerita. Rasa begitu berat masalah sahabatku ini.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Permudahkanlah jangan disulitkan.

Sebagai penutup. macam karangan la pulak Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus menulis. Kalau bukan entry yang membina pun sekurang2 dapat meningkatkan kualiti penulisan dan mengelakkan daripada buat benda yang tak berpekdah. kan?kan?kan? sokong la..pleaseee.. tak pe lah.. x nak sudah..
eh apa aku dok melalut ni..
ermm. ok la ye.

Wallahualam.

Thursday, 28 April 2011

Pusing 1

Alhamdulillah..akhirnya tiba di rumah setelah dua minggu bermusafir.
Banyak perkara yang saya pelajari pada 'kembara' kali ini.

Penang -> selangor/KL -> Terengganu -> Taiping, Perak -> Penang


16 April 2011
Tiba di stesen bas Shah Alam..terus ke Pemangkin, Subang

17 - 22 April 2011
Menjadi secretariat seminar antarabangsa Palestin.

23 April 2011
International Seminar palestine berlangsung di CAC building, IIUM Gombak. Memang penat jadi secretariat. kalau x tidur malam tu memang perkara biasa.

Seminar ini dianjurkan sebagai hebahan awal Freedom Flotilla Two yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

~eh sebelum saya terlupa, pada 22-24/4 juga ada HiMeGa 2011 di bangunan sebelah. Saya sempat curi2 tengok majlis perasmian pada 22/4. tapi lepas tu memang sakit sebab banyak kerja tertangguh(padan muka).

Petang selepas sahaja habis seminar, saya sempat lagi menyelit dalam sesi bergambar HiMeGa..hehe..
anda nampak saya? tuu

selesai sahaja kemas2, saya setting dengan beberapa fasi himega utk menginap di uia. nasib saya agak baik disebabkan ramai fasi dari ktd terpaksa pulang awal kerana ada kelas keesokan hari.

Belajar
-Dalam tempoh ini banyak melatih kesabaran..huhu..penat2 buat kerja tapi kena reject hampir 80%..sapa tak sedih.
-muhasabah niat. kalau kita ikhlas insyaAllah Allah tak reject.
-merasai tentang pengharapan pada Allah. Kita merancang.Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. :)

24 April 2011
Bertolak ke Terengganu dari uia bersama sepupu. terpaksa batalkan plan ke pesta buku.. huhu

kisah di terengganu bersambung di post yang akan datang..
maaf jika bosan (memang bosan pun)..
salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...