“cuti lama-lama apa nak buat?”
“tak kan peghap dalam rumah ja”
Bila baca status-status dalam FB asyik-asyik cerita benda ni ja. Dilanda kebosanan. Nah! hadiah untuk hampa semua. Baca sampai habis tau.
“tak kan peghap dalam rumah ja”
Bila baca status-status dalam FB asyik-asyik cerita benda ni ja. Dilanda kebosanan. Nah! hadiah untuk hampa semua. Baca sampai habis tau.
*****
Oleh kerana itulah, maka Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman, dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam. Ada malam dan siang, ada dataran tinggi dan dataran rendah, ada putih dan hitam, ada panas dan sejuk, dan ada manis dan masam.
Keberagamaan dan perbezaan ini seringkali disebut Allah dalam beberapa firman-Nya. Di antaranya Allah menyebutkan bahawa:
..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya…
(An-Nahl:69)
…dari pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang…
(Ar-Ra’d: 4)
…yang serupa (bentuk dan warnanya) tetapi tidak sama (rasanya)…
(Al-An’am : 141)
… dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis (seperti jalan yang berwarna) putih dan merah yang beraneka macam warnanya …
(Fathir : 27)
… dan masa-masa (kejayaan dan kehancuran) itu, kami pergilirkan di antara manusia …
(Ali- Imran: 140)
Malahan bani israil pernah merasa bosan dengan makanan mereka yang paling baik dan mengeluh pada Allah…
… kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja …
(Al-Baqarah: 61)
Al-Makmun suatu ketika dahulu pernah dihinggapi rasa bosan di mana kadang-kala beliau membaca sambil duduk, sesekali dengan berdiri, dan pada saat yang lain berjalan. Dan kerana itu pula ia pernah berkata,
“Jiwa manusia itu dipenuhi dengan kebosanan”.
Allah SWT juga telah berfirman:
Siapa bersedia merenung sejenak dan memikirkan sesuatu yang berhubung dengan ibadat, tentu dia akan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya.
Dalam ibadat terdapat amalan
Allah SWT juga telah berfirman:
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring…
(Ali-Imran : 191)
Siapa bersedia merenung sejenak dan memikirkan sesuatu yang berhubung dengan ibadat, tentu dia akan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya.
Dalam ibadat terdapat amalan
qalbiyyah (yang berkaitan dengan hati),
qauliyyah (yang berkaitan dengan perkataan),
amaliyyah (yang berkaitan dengan tindakan),
maliyyah (yang berkaitan dengan harta),
solat, zakat, puasa, haji dan jihad.
Bahkan, dalam solat ada posisi berdiri, ruku’, sujud, dan duduk.
Oleh kerana itu, sesiapa yang menginginkan kepuasan, semangat yang tinggi dan produktiviti, maka hendaklah ia mempelbagaikan di dalam pekerjaannya, membaca buku yang berbagai jenis dan menjalani kehidupan dengan beraneka kegiatan. Misalnya ketika membaca, ia perlu pelbagaikan bacaannya, di antaranya Al-Qur’an, dan ilmu pengetahuan umum dan seumpamanya.
Demikian pula dalam menjalankan kegiatan rutin beribadah, mencari hiburan, mengunjungi sahabat,menerima tetamu, berolahraga dan berekreasi. Dengan ini, nescaya jiwanya akan selalu merasa segar dan ceria, kerana dia melakukan pelbagaian aktiviti dan merasakan keindahan dari sesuatu yang baru.

Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa
yang mengiringi kehidupan,
Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu
Yang silih berganti.
Ada hari ketika seorang manusia
Dapat diselamatkan dari kematian
Sedangkan di lain hari
Sekelompok besar pasukan mati.
2 comments:
subhanallah, perkongsian yg menyedarkan...
wah bubuh jugak wigdet ping-pong tu... huhuhu
perkongsian utk diri sendiri..
ops..terbubuh :)
Post a Comment